Telur Bantuan PKP Menetas, Keluar Ayam Hidup!

PUCHONG – Sebuah keluarga yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima kejutan apabila telur disumbangkan kepada mereka menetas.sajaheboh.com - Telur Bantuan PKP Menetas, Keluar Ayam Hidup!

Perkara itu dikongsikan doktor gigi, Dr Nik Ahmad Syakir Nik Kamaluddin melalui Twitternya yang ternyata mencuit hati netizen.

Beliau berkata, kejadian tersebut berlaku semalam ketika agihan bantuan dilakukan bersama Islamic Dental Association Malaysia kepada beberapa keluarga di sekitar Puchong.

“Salah satu keluarga yang menerima bantuan kami, erm silalah baca, selamat menyambut cucu baharu makcik!” tulisnya pada ciapan berkenaan.

Beliau turut mengirimkan gambar telur tersebut yang menetas dan ayam hidup keluar daripadanya.

Bagaimanapun, beliau ketika memberitahu Sinar Harian, kejadian itu membuatkan pihaknya merasa bersalah kerana berhutang sebiji telur dengan keluarga terlibat.

sajaheboh.com - Telur Bantuan PKP Menetas, Keluar Ayam Hidup!

“Insya-ALLAH, nanti kami ganti,” katanya memberitahu agihan bantuan tersebut merupakan rutin harian dilakukan setiap tahun sepanjang Ramadan.

Bagaimanapun katanya, pihaknya memulakan kerja-kerja agihan bantuan berkenaan lebih awal tahun ini kerana ramai yang hilang punca pendapatan.

“Niat nak membantu, tersilap bagi cucu pula,” tambahnya lagi berseloroh.

Netizen juga rata-ratanya terhibur dengan kejadian itu dan meninggalkan komen pada ciapan berkenaan.

“Nasib baik belum goreng, kalau tak auto ayam goreng,” komen pengguna Twitter, @Mincuuu.

“Bantuan ahli keluarga baharu,” komen pula pengguna Twitter, @Hnymv.

Ciapan berkenaan mendapat 4,476 tanda suka dan 5,718 ulang kicau. – Sinar Harian

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *