Polis Mengesahkan Ebit Liew Diberi Kebenaran Bergerak Untuk Memberi Bantuan Sumbangan Sepanjang PKP

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew diberi kebenaran untuk memberi sumbangan keperluan terutama makanan kepada golongan tidak berkemampuan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).sajaheboh.com - Polis Sahkan Ebit Liew Diberi Kebenaran Bergerak Untuk Memberi Bantuan Sumbangan Sepanjang PKP

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pihaknya tidak pernah menghalang pendakwah itu untuk berbuat demikian selagi beliau mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Setakat ini, tiada sebarang kertas siasatan akan dibuka terhadap pendakwah itu.

“Bagaimanapun, polis ingin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh dikecualikan daripada tindakan undang-undang ke atas sebarang pelanggaran berkaitan pelaksanaan PKP,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

sajaheboh.com - Polis Sahkan Ebit Liew Diberi Kebenaran Bergerak Untuk Memberi Bantuan Sumbangan Sepanjang PKP

Mengulas lanjut beliau berkata, Ebit Lew dipanggil memberi keterangan berikutan reaksi orang ramai berhubung tindakannya memaparkan aktiviti kebajikannya ketika PKP.

Berdasarkan pemerhatian orang ramai memberi respon positif dan ada terdapat juga yang tidak senang dengan aktiviti berkenaan.

Kontroversi yang tercetus mengenai perkara ini memaksa polis untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan kekal terpelihara.

sajaheboh.com - Polis Sahkan Ebit Liew Diberi Kebenaran Bergerak Untuk Memberi Bantuan Sumbangan Sepanjang PKP

“Dalam melaksanakan apa juga aktiviti orang ramai dinasihatkan mengamalkan penjarakan sosial, penggunaan topeng muka dan mula serta menggunakan pencuci tangan,” katanya. – BH Online

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *