Makhluk Aneh Berkepala Kucing Tapi Mempunyai Tubuh Seakan Tikus Ditemui

Apa perasaan anda kalau terjumpa spesies makhluk atau haiwan aneh dan pelik yang anda tidak pernah tengok atau tahupun akan kewujudannya?Makhluk Aneh Berkepala Kucing Tapi Mempunyai Tubuh Seakan Tikus Ditemui

Mesti majoriti besar daripada anda akan berasa takut, berdebar-debar dan berhati-hati takut kalau haiwan itu tiba-tiba bertindak agresif dan menyerang anda.

Inilah apa yang berlaku kepada satu keluarga apabila mereka mendengar bunyi aneh dan pelik di bahagian dapur dan pantry rumah mereka. Mereka memeriksa dan menemui beberapa makhluk yang aneh kerana berkepala seakan kucing tapi mempunyai tubuh seperti tikus.

Oleh kerana berasa takut mereka meminta pertolongan untuk bantuan dan 4 ekor makhluk tersebut telah dibunuh manakala dua lagi haiwan makhluk tersebut dibawa ke Rustenburg Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) untuk kajian.

Masyarakat setempat beranggapan bahawa makhluk tersebut telah disumpah (cursed) disebabkan rupanya yang pelik dak tidak dapat dijelaskan asal-usulnya.

Makhluk aneh tersebut dijumpai di sebuah rumah di Lethabong, Rustenburg, South Africa.Makhluk Aneh Berkepala Kucing Tapi Mempunyai Tubuh Seakan Tikus Ditemui

Penemuan makhluk tersebut telah menyebabkan keadaan panik dan bimbang yang menyelubungi orang ramai setelah melihat makhluk berkenaan yang tidak diketahui asal usulnya.

Susulan itu, pihak SPCA meminta supaya orang ramai bertenang dan menghubungi nombor kecemasan mereka terjumpa makhluk atau pelik dan berdepan dengan situasi yang sama dengan keluarga ini. 

Orang ramai juga diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya membiarkan pihak SPCA untuk menangani haiwan atau makhluk berkenaan.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.