Mereka Yang Dibenarkan Pulang Perlu Kemaskini Permohonan Pada Tarikh Dibenarkan Berlepas

INDIVIDU yang membuat permohonan untuk pulang ke kediaman masing-masing melalui aplikasi Gerak Malaysia perlu mengemas kini permohonan pada tarikh dibenarkan berlepas.sajaheboh.com - Mereka Yang Dibenarkan Pulang Perlu Kemaskini Permohonan Pada Tarikh Dibenarkan Berlepas

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata, permohonan menerusi aplikasi itu yang dibuka bermula jam 12.01 tengah malam tadi perlu memasukkan butiran peribadi seperti nama, nombor MyKad, alamat, nombor telefon dan alamat emel selepas memuat turun aplikasi terbabit.

“Pengguna juga perlu memberi kebenaran kepada aplikasi itu untuk mengakses sistem pengesanan lokasi (GPS) bagi mengesahkan lokasi semasa pemohon, seterusnya membolehkan pergerakan diluluskan.

“Aplikasi Gerak Malaysia dapat membantu polis mengenal pasti jumlah individu yang bakal terbabit dan menyediakan jadual perjalanan bagi kelancaran operasi.

“Sehubungan itu, pemohon perlu mengemas kini permohonan pada tarikh dibenarkan berlepas, supaya kod QR dapat dijana secara automatik,” katanya dalam satu kenyataan.

Huzir berkata, pihaknya sudah menyusun jadual perjalanan bagi memudahkan pergerakan iaitu dari 1 hingga 3 Mei ini.

“1 Mei membabitkan perjalanan dari Perak, Johor dan Kelantan, 2 Mei (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang) dan 3 Mei (Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu).

sajaheboh.com - Mereka Yang Dibenarkan Pulang Perlu Kemaskini Permohonan Pada Tarikh Dibenarkan Berlepas

“Perjalanan perlu dilakukan pada hari ditetapkan mengikut permit pergerakan diluluskan. Maklumat lanjut dan garis panduan lain akan diumumkan oleh polis pada 29 April ini,” katanya.

Selain permohonan permit rentas negeri, Huzir berkata, terdapat tatacara untuk memproses beberapa permohonan permit lain menerusi aplikasi itu.

Katanya, ia termasuk kebenaran pembelian barangan keperluan dalam lingkungan 10 kilometer (km) dari kediaman, mendapatkan rawatan perubatan, hal kecemasan seperti kematian dan membaiki kerosakan kenderaan serta rumah.

“Bagaimanapun, hanya permohonan untuk mendapatkan permit pergerakan rentas negeri sahaja akan diproses buat masa ini.

“Dengan permit pergerakan dijana melalui kod QR dalam aplikasi telefon pintar, orang ramai hanya perlu menunjukkan kod itu ketika melalui sekatan jalan raya untuk dimbas oleh pihak berkuasa,”katanya.

Aplikasi itu boleh dimuat turut pengguna menerusi App Store bagi pengguna IOS dan Play Store bagi Android. – Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *