Lelaki Kongsikan 10 Tips Mengawal Nafsu Makan Yang Membantunya Turun Berat Lebih 100kg! (183kg ke 78kg). Jom tengok tips yang dikongsikan oleh saudara Jazli Hassan ini.
Hye semua.perjalanan dari 183kg ke 78kg,saiz 6XL UK ke saiz M,saiz pinggang 60 inchi ke 34 inchi..saya berbesar hati saya sharekan”10 TIPS MENGAWAL NAFSU MAKAN”.mudahan sedikit pengalaman dan perkongsian saya berikan kebaikan pada semua..saya izinkan di kongsikan.
1) Otak adalah kunci segalanya.
Ramai tak mampu mengawal nafsu makan sebab otak dah setting pantang nampak sedap pasti nak makan.mula nak merasa akhirnya habis satu periuk..cuba bertenang jangan gopoh buat keputusan pikir masa depan.kesedapan makanan depan mata anda lihat tak menjamin apa2 pada anda kecuali kenyang..tapi kalau kita kuat itulah bezakan kita dari yang lain..muhasabah diri sikit.
2) baca doa makan biar khusyuk.
jangan tipu saya antara 10 orang hanya 3 orang sahaja baca doa makan dengan penuh penghayatan.yang lain baca bismillah terus masuk mulut.ada sebab tuhan utamakan doa dulu sebelum makan untuk elakkan kita tergoda nafsu makan yang tak mampu di ramal..doa juga ibarat kita muhasabah diri ketika makan..cuba pratikkan selama sebulan kesannya akan anda lihat…percayalah.
3) makan buah dulu.
Ramai telah terpesong makan buah adalah desert katanya selepas makan.sebenar peranan makan buah dulu ada untuk kebaikan sistem penghadaman anda sekaligus dapat mengurangkan rasa lapar yang tinggi.mempercepatkan kenyang serta dapat mengawal nafsu makan anda..tapi kesilapan kita banyak pandang lauk2 sedap dulu dari melihat buah-buahan.
4) minum air sebelum atau selepas makan.
Kebanyakkan kesilapan yang banyak orang buat makan bersulam minum.kalau boleh elakkan kecuali dalam situasi2 tertentu yang perlukan kita minum di bolehkan..sebab bila kita makan sambil minum kita rasa makan kita tak puas.sebab sistem pemghadaman kita tak dapat melakukan kerja dengan sempurna…
5) kunyah secara perlahan.
Haaa jangan gopoh ketika makan sesuatu makanan.cuba nikmati makanan dengan penuh penghayatan ketika masuk mulut tapi makanan berkhasiat la bukan yang tak sihat. Bila kita kunyah secara perlahan enzime ketika mengunyah dapat berfungsi dengan betul.tue kadanng2 makan sedikit kita dah kenyang sebab kita menghayati saat ketika makan dengan sempurna.
6) makan sedikit tapi kerap.
Pastikan anda mengambil 5 hidangan setiap hari iaitu sarapan,minum pagi,makan tengah hari,minum petang dam dinner.kalau lapar sangat baru supper sedikit..bila kita kerapkan makan dan kurang kan kuantiti jumlah sesuatu hidangan kita dapat mengelakan rasa kelaparan terlampau yang merangsang nafsu makan kita membuak-buak.
7) Elakkan dan latih diri iklan makanan.
Jangan racun minda kita dan mudah terpedaya dengan iklan makan yang di post di facebook atau medium2 lain.bila banyak kali kita di racuni minda dengan makanan maka ia akan meransang nafsu makan kita membuak buak..jangan terpedaya dan mulakan disiplin diri anda untuk lawan nafsu makan.
8) Anggap dah pernah makan banyak kali.
Dah bertahun-tahun kita makan macam-macam berikan peluang diri kita pantang dengan makan.dulu pantang jumpa terus makan.last 10 tahun kita masih gagal kawal nafsu makan kita..
9) tumpu perhatian ketika makan.
Bila time makan fokus untuk makan.jangan main hp,tangkap gambar sibuk up dalam facebook..time tengah suap itulah kita balas whatsApp..semua ini menyebabkan kita tak puas makan.pada masa inilah semua kita nak makan sebab kita tak menghayati saat makan betul2…ini akan merangsang otak hantar input makan yg meransang nafsu mkn kita.
10) Kurangkan Stress.
Cuba elakkan diri stress terlampau.inilah punca kita nak makan nak makan dan terus makan.memang kita rasa tak stress tapi kita sebenarnya dalam keadaan stress.sebab kita balas stress kita dekat makanan tue bila pantang jumpa benda sedap kita makan.pastu timbul rasa menyesal…belajar kawal stress.
Terima kasih kerana membaca, ini di tulis adalah berdasarkan pengalaman saya dan setiap cerita saya lalui..sila sharekan untuk tujuan kesedaran obesiti di malaysia..
Semoga perkongsian ini boleh menjadi insprirasi kepada anda semua di luar sana yang teringin mahu menurunkan berat badan. Tiada yang mustahil kalau kita mencuba.
Sumber: Jazli Hassan