Isteri Diminta Tuliskan Satu Perkataan Menggambarkan Perkahwinan Mereka, Dia Tuliskan 7 Perkataan Yang Buatkan Suami Hampir Pengsan

Isteri Diminta Tuliskan Satu Perkataan Menggambarkan Perkahwinan Mereka, Dia Tuliskan 7 Perkataan Yang Buatkan Suami Hampir Pengsan. Berita baik itu boleh datang dalam pelbagai cara. Bakal ibu ini menyampaikan berita dengan cara yang paling bermakna buat suaminya dalam satu sesi fotografi.

SAJAHEBOH.COM - Isteri Diminta Tuliskan Satu Perkataan Menggambarkan Perkahwinan Mereka, Dia Tuliskan 7 Perkataan Yang Buatkan Suami Hampir PengsanDalam kegembiraan menyambut ulangtahun perkahwinan pertama mereka dengan rakaman foto, suami ini tidak menyangka akan menerima kejutan berita gembira dari isterinya. Dan reaksinya dirakam jurufoto.

Selama tempoh sembilan bulan, Eric dan Kellyn Wilkes telah mencuba untuk memiliki anak sendiri dan akhirnya impian itu menjadi kenyataan apabila Kellyn akhirnya hamil.

SAJAHEBOH.COM - Isteri Diminta Tuliskan Satu Perkataan Menggambarkan Perkahwinan Mereka, Dia Tuliskan 7 Perkataan Yang Buatkan Suami Hampir Pengsan

Namun begitu, berita ini perlu dirahsiakan dari Eric sementara beliau merancang satu kejutan.

SAJAHEBOH.COM - Isteri Diminta Tuliskan Satu Perkataan Menggambarkan Perkahwinan Mereka, Dia Tuliskan 7 Perkataan Yang Buatkan Suami Hampir Pengsan

Bakal ibu yang berusia 30 tahun ini telah menghubungi jurufoto Callie Beale dan mereka telah bersetuju untuk merancang satu saat untuk memberitahu Eric akan berita kehamilannya dengan cara yang paling indah dan tidak akan dapat dilupakan.

SAJAHEBOH.COM - Isteri Diminta Tuliskan Satu Perkataan Menggambarkan Perkahwinan Mereka, Dia Tuliskan 7 Perkataan Yang Buatkan Suami Hampir Pengsan

Kellyn telah meyakinkan Eric, 36 tahun untuk mengambil bahagian dalam satu sesi fotografi penting dengan mengatakan yang ia perlu sebagai sebahagian dari sambutan ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama.

Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember tahun lalu dan jurufoto Callie Beale telah meminta pasangan ini menulis satu perkataan yang menggambarkan kehidupan perkahwinan mereka pada tahun pertama di atas papan tulis.

SAJAHEBOH.COM - Isteri Diminta Tuliskan Satu Perkataan Menggambarkan Perkahwinan Mereka, Dia Tuliskan 7 Perkataan Yang Buatkan Suami Hampir Pengsan

Callie memberi idea, mereka akan mengadap satu sama lain, dan akan membalikkan papan tulis tersebut untuk dibaca, lalu Callie akan menangkap serta merakam reaksi dan saat tersebut.

Sementara Eric menurut arahan Callie dengan menulis satu perkataan iaitu “memenuhi”, Eric tidak mempunyai idea langsung yang isterinya telah memecahkan satu perkataan yang dipersetujui mereka itu kepada tujuh perkataan.

SAJAHEBOH.COM - Isteri Diminta Tuliskan Satu Perkataan Menggambarkan Perkahwinan Mereka, Dia Tuliskan 7 Perkataan Yang Buatkan Suami Hampir Pengsan

Kellyn telah menulis dengan cantik di atas papan tulis tersebut, “Akan datang kamu akan menjadi seorang AYAH “.

Apabila tiba giliran Kellyn untuk membalikkan papan tulis tersebut, kita dapat melihat bahawa sesi fotografi ini adalah satu saat untuk diingati. Reaksi Eric apabila membaca perkataan pada papan tulis tersebut merupakan satu saat yang tidak boleh dilupakan dan tidak dijangka.

SAJAHEBOH.COM - Isteri Diminta Tuliskan Satu Perkataan Menggambarkan Perkahwinan Mereka, Dia Tuliskan 7 Perkataan Yang Buatkan Suami Hampir Pengsan

Kellyn memberitahu majalah PEOPLE akan reaksi suaminya, “Apa yang pasti, saat ini adalah antara saat yang paling indah dan terbaik pernah berlaku dalam kehidupan saya.”

Kellyn berkata, “Eric sangat bijak dan nalurinya selalu dapat mengesan sesuatu dengan cepat dan tidak mudah menerima kejutan. Jadi, apabila saya berpaling dan melihat wajahnya, saya tahu yang saya telah membuatnya berasa sangat terkejut dan gembira. Dan reaksinya telah memberi kegembiraan kepada saya.”

Pengumuman berita gembira itu telah membuat Eric berasa terpegun dan hilang kata-kata kerana beliau terlalu gembira untuk menerima hakikat dirinya akan menjadi seorang ayah kelak.

SAJAHEBOH.COM - Isteri Diminta Tuliskan Satu Perkataan Menggambarkan Perkahwinan Mereka, Dia Tuliskan 7 Perkataan Yang Buatkan Suami Hampir Pengsan

Kellyn berkata, “Eric begitu teringin menjadi seorang ayah buat sekian lama. Kami telah mencuba untuk jangka masa yang lama dan sememangnya menantikan berita gembira ini. Apabila mendapat berita ini, Eric berasa terkejut dan beliau memerlukan sedikit masa untuk menerima dan mempercayainya.”

Menurut Kellyn lagi, “Kami berasa terharu dan menitiskan air mata apabila berita itu telah diketahui. Pada malam tersebut, Eric masih tidak mempercayai dan berasa sangat teruja bahawa beliau akan menjadi seorang ayah tidak lama lagi.”

SAJAHEBOH.COM - Isteri Diminta Tuliskan Satu Perkataan Menggambarkan Perkahwinan Mereka, Dia Tuliskan 7 Perkataan Yang Buatkan Suami Hampir Pengsan

Tahniah kepada Kellyn dan Eric Wilkes yang akan menjadi ibu dan bapa tidak lama lagi. Anda berdua telah merakamkan saat dan memori paling berharga dalam foto yang cantik, dan lebih banyak memori indah akan menyusul lagi selepas ini.

Kredit imej: Kellyn Carter Wilkes / Callie Beale

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *