Kisah Janda Kaya Yang Bangga Sudah Meniduri Lelaki Lebih 100 Orang Yang Mempunyai Isteri. Seorang janda kaya mengaku mempunyai hubungan sulit dengan lebih dari 100 lelaki yang sudah berkahwin.
Dilaporkan dari Mirror, dia mengatakan dirinya adalah “penyelesaian yang sempurna” untuk suami yang tidak bahagia.
Gweneth Lee mengaku memiliki beberapa hubungan gelap yang masih dijalaninya.
Wanita yang juga bekerja sebagai konsultan kewangan ini berkeras bahawa hubungan sulitnya boleh menyelamatkan hubungan pernikahan.
Wanita berusia 47 tahun itu mengatakan setengah dari para isteri lelaki-lelaki yang berhubungan dengannya mengetahui hubungan sulit mereka itu.
Namun para isteri itu menutup mata kerana mereka tidak melakukan hubungan intim dengan suaminya dan mahukan suami mereka bahagia.
Bekas model, asal Chelsea, London barat, ini juga tidak merasa bersalah atas hubungan sulitnya.
Dia malas mendakwa bahawa dia membantu suami dan isteri untuk tetap bersama dalam pernikahan.
Dia mengatakan bahawa ramai pasangan yang akan berpisah jika mereka tidak memiliki penyelesaian yang tepat sebagai jalan keluar.
Bahkan sakit hati akibat perceraian adalah jauh lebih buruk kesannya bagi keluarga mereka.
“Saya tahu ramai orang akan mengutuk apa yang saya lakukan, tapi saya benar-benar tidak menyesal kerana jujur saya percaya bahawa saya membantu menjaga pernikahan ramai pasangan agar tetap bersama. Begitu banyak perkawinan di UK dalam krisis, khususnya pasangan di usia pertengahan umur yang memiliki anak-anak.”kata Gweneth.
“Mereka telah bersama selama sepuluh atau 15 tahun dan mereka memiliki kehidupan yang sangat sibuk dan penuh dugaan. Mereka harus mengurus kerjaya dan merawat anak-anak mereka. Bagi ramai wanita aktiviti seksual jadi menghilang dari rutin mereka,” tambahnya.
“Tidak masalah bagi wanita untuk tidak berhubungan seks, mereka boleh mencari kebahagiaan melalui rakan dan anak mereka.”
“Tetapi bagi ramai lelaki terdesak untuk melakukan hubungan seks dan rangsangan, lelaki tidak mahu meninggalkan isteri mereka tetapi mereka mahu keluar semua keinginan tersembunyi,” katanya.
“Saya adalah penyelesaian yang sempurna untuk para lelaki itu. Kami boleh keluar dan bersenang-senang tapi mereka tahu bahawa saya tidak akan muncul di depan pintu rumah mereka dan memberi tahu isteri mereka atau meminta mereka bercerai.” ujarnya.
“Saya hanya ingin bersenang-senang dan hubungan seks yang hebat, itu juga yang diinginkan semua lelaki dari saya.”
“Tidur dengan seseorang yang baru boleh menjadi penyelesaian yang baik untuk pernikahan. Ini akan penyelesaian bagi seorang lelaki yang isterinya tidak boleh melakukan hubungan seks dan membuatnya bahagia. ”
Gweneth bertemu dengan kebanyakan lelaki yang di temu janji melalui laman temu janji bernama Illicit Encounters.
Kebanyakan lelaki di laman web ini adalah ahli perniagaan kaya dengan purata pendapatan kira-kira RM284,016.67
Gweneth berkata bahawa lelaki kaya dari seluruh dunia bertemu dengan mereka dari laman web ini.
Malah, lelaki sering mempunyai dua atau tiga hubungan sulit dalam masa yang sama.
Gweneth menyertai laman temu janji itu sepuluh tahun lalu, selepas kematian suaminya.
Suaminya dulu pemilik syarikat minyak, Robert, yang meninggal akibat kanser.
source: Sarawakiana