Ketagih Pisang Goreng, Lelaki Nigeria Mengakui Pisang Goreng Sangat Sedap

DAMANSARA – Keenakan pisang goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam membuatkan seorang lelaki warganegara Nigeria ‘jatuh cinta’ makanan kegemaran rakyat Malaysia ini.sajaheboh.com - Ketagih Pisang Goreng, Lelaki Nigeria Mengakui Pisang Goreng Sangat Sedap

Emmanuel Olalere, 28, ialah pelajar di sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur mengakui hampir setiap hari membeli makanan jalanan itu di sebuah gerai di Mutiara Damansara.

Katanya, sebelum ini, kerap membeli di tempat lain namun selepas sebuah gerai menjual pisang goreng dibuka berhampiran kediamannya, memudahkan dia membeli makanan kegemarannya itu.

Menurut Emmanuel, dia menyimpan nombor telefon pemilik gerai dikenali sebagai Syazril Sahirun itu bagi memudahkan dia untuk membeli pisang goreng itu.

sajaheboh.com - Ketagih Pisang Goreng, Lelaki Nigeria Mengakui Pisang Goreng Sangat Sedap

“Di Nigeria tiada pisang goreng, hanya kerepek pisang dan bila merasai keenakan pisang goreng di sini, ia sangat sedap!

“Saya gemar pisang goreng kerana mempunyai keseimbangan yang sempurna dari segi kerangupan dan isinya lembut. Bila makan rasanya luar biasa,” katanya yang sudah berada di Malaysia selama tujuh tahun.

Lelaki yang mengambil pengajian Sarjana bidang keusahawanan itu bukan sahaja menggemari pisang goreng tetapi meminati cekodok pisang, nasi ayam mentega, roti canai, nasi lemak dan mi rojak.

sajaheboh.com - Ketagih Pisang Goreng, Lelaki Nigeria Mengakui Pisang Goreng Sangat Sedap

“Saya suka masakan di sini. Mula rasa pisang goreng sejak tiga tahun lalu dan pernah makan pisang goreng keju dan campuran lain.

“Tapi sejujurnya, saya lebih suka pisang goreng original tanpa perisa tambahan,” katanya kepada Sinar Harian.

sajaheboh.com - Ketagih Pisang Goreng, Lelaki Nigeria Mengakui Pisang Goreng Sangat Sedap

Ditanya mengenai keindahan dan keunikan Malaysia, Emmanuel memberitahu, dia menyukai negara ini kerana memiliki pelbagai bangsa dan agama.

“Penyatuan dari pelbagai bangsa, agama menonjolkan Malaysia sebuah negara yang indah dan harmoni,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *