Baru-baru ni tular satu video di twitter tentang pasangan yang menghadiahi ibu bapa mereka sebuah kereta.
Pasangan Amzar dan Fairuzziela yang berusia 26 tahun itu telah berpakat untuk membeli kereta, apabila bapa mertuanya, Abdullah yang berusia 61 tahun perlu menunggang motosikal ke klinik ketika bulan Ramadan.
“Saya tersentap dan sedih sangat sebab umur ayah tidak sesuai untuk menunggang motosikal kerana membahayakan. Ibu dan ayah memang tidak pernah berhajat untuk memberi kereta kerana mereka selesa bersederhana,” katanya.
Pada hari kejadian, mereka merancang nak bawa ibu bapa keluar makan di Kuala Perlis.
“Pada awalnya, ibu dan ayah menyangkakan itu kereta baharu kami tapi apabila kami buat kejutan, ayah dan mak menangis terharu.
“Ketika itu ayah pula demam, mungkin jiwanya sensitif dan mudah tersentuh. Lagipun ayah memang sudah lama tiada kereta,” ujarnya.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Kalau korang tengok pun confirm meleleh air mata weh!
VIDEO:
Alhamdulillah harini, tercapai hajat kami suami isteri nak belikan kereta utk mak ayah.
Walaupun kecik comey, janji mak ayah ada jugak kereta, tak kena hujan panas.Terima kasih mak ayah 🤍 pic.twitter.com/qKNoFaAsKL
— ℜ𝔬𝔰𝔢 🥀 (@feyrose_) July 3, 2020
Antara komen-komen netizen:
Afiq Latif:
Saya doakan semua semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik serta insan yang lebih berjaya kelak nanti 😊
Jiwa Al Fateh:
Terbaik anak muda. Bersedekah dan berbelanja ikut kemampuan tersendiri. 💪🏻👍🏻
Harry Kane:
Beruntunglah kpd yg masih ada kesempatan menabur bakti buat ibubapa..😭😭😭
Ct Zainabi:
Alhamdulillah terbaik pasangan ni.. berbuat baik dn berjasa kpd kedua ibu bapa sementara mereka masih ada
Sumber: Twitter @feyrose_