Kanak-kanak 6 Tahun Muntah Cacing 16cm, Disahkan Dijangkiti Malaria Dan Cacing

Kanak-kanak 6 Tahun Muntah Cacing 16cm, Disahkan Dijangkiti Malaria Dan Cacing. Seorang pesakit kanak-kanak di sebuah hospital Semenanjung Malaysia, di tengah kesibukan kotaraya telah memuntahkan cacing sewaktu sedang menerima rawatan di wad. Pesakit merupakan bukan warganegara Malaysia, berusia 6 tahun telah diberikan rawatan penuh oleh kakitangan yang terlibat.sajaheboh.com -  Kanak-kanak 6 Tahun Muntah Cacing 16cm, Disahkan Dijangkiti Malaria Dan Cacing

Cacing tersebut telah dihantar ke makmal untuk di identifikasi oleh pihak makmal dan pihak makmal melaporkan :

“Mixed Infection. Ascaris lumbricoides and Trichuris trichuria species on larva stage seen. Adult stage of Ascaris lumbricoides identified from vomit”

Dalam bahasa mudahnya dua jenis spesis cacing ditemui di peringkat telur dan satu cacing dewasa dikenal pasti. Kalau ada telur bermakna terdapat juga cacing dewasa dalam tubuh pesakit.

sajaheboh.com -  Kanak-kanak 6 Tahun Muntah Cacing 16cm, Disahkan Dijangkiti Malaria Dan Cacing

Yang lebih mengejutkan ialah apabila ujian blood film malaria parasite (BFMP) juga menunjukkan laporan yang positif. Bermakna pesakit positif dengan penyakit malaria. Bayangkan budak 6 tahun dijangkiti malaria dan jangkitan cacing. Kalau lambat pendiagnosan dijalankan, pasti padah menanti!

Tidak cukup dengan cacing dan malaria sahaja, pihak makmal turut mengesahkan pesakit ini positif ujian denggi. Denggi adalah virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes sp.. Hebat betul ujian pesakit ini, triple infection. Cacing, malaria dan virus denggi!

Macam mana boleh dapat jangkitan cacing?

sajaheboh.com -  Kanak-kanak 6 Tahun Muntah Cacing 16cm, Disahkan Dijangkiti Malaria Dan Cacing
Atas telur cacing spesis Trichuris dan bawah telur cacing spesis Ascaris lumbricoides

Kita boleh dapat jangkitan cacing kebiasaanya apabila kita menyentuh tanah @ sayur @ buah yang dicemari oleh telur cacing ini dan tidak membasuh tangan atau sayur apabila makan. Jadi basuh tangan bukan sahaja mencegah Covid-19 malah jangkitan cacing dan kuman!

Apa tanda atau gejala bila kena jangkitan?

sajaheboh.com -  Kanak-kanak 6 Tahun Muntah Cacing 16cm, Disahkan Dijangkiti Malaria Dan Cacing
Telur cacing ascaris lumbricoides yang telah disenyawakan

Gejala biasanya demam dan rasa tidak selesa di bahagian abdomen badan. Kalau teruk sangat boleh muntah cacing dan pekak akibat pergerakan cacing ke seluruh anggota badan.

sajaheboh.com -  Kanak-kanak 6 Tahun Muntah Cacing 16cm, Disahkan Dijangkiti Malaria Dan Cacing
Telur cacing Trichuris

Cacing tu buat apa dalam badan kita?Cacing tu kalau masuk ikut mulut dia akan ke usus dan mula beranak pinak tanpa menjejaskan badan manusia. Sebab kalau dia kacau usus nanti sistem imun kita akan serang dia. Jadi dia perlahan lahan beranak pinak tanpa dikesan oleh sistem imun badan. Apabila sistem imun badan kita dapat kesan itu sudah terlambat kerana kuantiti cacing sudah banyak. Apabila usus dah penuh cacing akan ronda ronda ke paru-paru, hati, paha dan lain lain anggota badan. Pergerakan cacing ini menganggu fungsi organ badan. Boleh menyebabkan pekak, buta, rabun dan tanpa rawatan. Mati.

Apa cara pencegahan daripada kena jangkitan?
Pengambilan ubat cacing 6 bulan sekali untuk kanak-kanak dan setahun sekali untuk dewasa. Kenapa kanak kanak 6 bulan sekali sebab kanak-kanak risiko lebih tinggi sebab mereka kurang awareness untuk basuh tangan sebelum makan dan tidak memakai selipar atau kasut ketika bermain di atas tanah atau pasir.

sajaheboh.com -  Kanak-kanak 6 Tahun Muntah Cacing 16cm, Disahkan Dijangkiti Malaria Dan Cacing
Cacing Dewasa

Mana nak dapat ubat cacing?
Ubat cacing boleh didapati di farmasi swasta sahaja. Nama ubat tu albendazole atau mebendazole. Atau lebih dikenali dengan jenama Zentel. Harga bawah RM12. Jika langkah pencegahan cukup 1 atau 2 dos sahaja. Jika langkah mengubati perlu diambil selama 2 ke 3 hari berturut. Jangan risau, Zentel ni tak pahit. Dapatkan nasihat doktor untuk rawatan.

Kredit: Page Budak Lab

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *