‘Ibu sumpah anakmu mati atau cacat!’ – Ibu Marah Anak lelakinya Kahwin Dengan Janda Anak Dua

‘Ibu sumpah anakmu mati atau cacat!’ – Ibu Marah Anak lelakinya Kahwin Dengan Janda Anak Dua. Sepasang pengantin yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan di sebuah restoran, terpaksa dibatalkan seketika akibat dibantah oleh ibu dan keluarga pengantin lelaki.

SAJAHEBOH.COM - 'Ibu sumpah anakmu mati atau cacat!' - Ibu Marah Anak lelakinya Kahwin Dengan Janda Anak DuaAditya Bagus Febriyantono, 27, dari Jebres dan Ratri Listyorini, 30, dari Laweyan sepatutnya diakad nikah pada jam 9 pagi hari ini, tetapi ibu bapa pengantin lelaki, Sumarso dan Endang, datang membantah perkahwinan mereka serta menuntut perkahwinan itu dibatalkan. [Sajaheboh.com]

“Dari awal sudah tidak setuju, kenapa tetap dilakukan? Ini tidak boleh terlaksana, tidak boleh terlaksana! Saya tidak mau ya, tidak mau. Dari pertama sudah tidak setuju ya, tidak setuju,” katanya.

Bagaimanapun, pasangan pengantin berkenaan tetap bertegas mahu meneruskan pernikahan mereka.

SAJAHEBOH.COM - 'Ibu sumpah anakmu mati atau cacat!' - Ibu Marah Anak lelakinya Kahwin Dengan Janda Anak DuaEkoran kekecohan itu, polis dipanggil ke tempat kejadian dan polis mengambil keputusan pasangan pengantin berkenaan bersama keluarga kedua-dua belah pihak mengadakan rundingan di balai polis dan diselia oleh Ketua Polis Laweyan, Santoso dan Ketua Pejabat Agama Laweyan.

Rundingan itu bagaimanapun gagal dan pasangan pengantin berkenaan bertegas mahu meneruskan pernikahan mereka menyebabkan Endang berang lalu menyumpah pasangan itu.

“Sampai kamu nekad, ibu sumpahin kamu, dengar ya, jika nanti isterimu melahirkan, kalau tidak mati sama anakmu, ya anakmu nanti yang cacat kalau selamat.

Sumber video

“Dengar, ini sumpah ibumu yang melahirkanmu, yang membesarkanmu dan menyekolahkanmu,” kata Endang.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *