‘Ibu sumpah anakmu mati atau cacat!’ – Ibu Marah Anak lelakinya Kahwin Dengan Janda Anak Dua. Sepasang pengantin yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan di sebuah restoran, terpaksa dibatalkan seketika akibat dibantah oleh ibu dan keluarga pengantin lelaki.
“Dari awal sudah tidak setuju, kenapa tetap dilakukan? Ini tidak boleh terlaksana, tidak boleh terlaksana! Saya tidak mau ya, tidak mau. Dari pertama sudah tidak setuju ya, tidak setuju,” katanya.
Bagaimanapun, pasangan pengantin berkenaan tetap bertegas mahu meneruskan pernikahan mereka.
Rundingan itu bagaimanapun gagal dan pasangan pengantin berkenaan bertegas mahu meneruskan pernikahan mereka menyebabkan Endang berang lalu menyumpah pasangan itu.
“Sampai kamu nekad, ibu sumpahin kamu, dengar ya, jika nanti isterimu melahirkan, kalau tidak mati sama anakmu, ya anakmu nanti yang cacat kalau selamat.
“Dengar, ini sumpah ibumu yang melahirkanmu, yang membesarkanmu dan menyekolahkanmu,” kata Endang.