Ramai Tertanya Adakah Betul Anwar Ibrahim Telah Maafkan Tun Mahathir Sepenuhnya? Ini Jawapan Dia

Ramai Tertanya Adakah Betul Anwar Ibrahim Telah Maafkan Tun Mahathir Sepenuhnya? Ini Jawapan Dia.

SAJAHEBOH.COM - Ramai Tertanya Adakah Betul Anwar Ibrahim Telah Maafkan Tun Mahathir Sepenuhnya? Ini Jawapan DiaCHERAS: Rusli Ibrahim yang juga adik kandung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan Ketua Umum PKR itu akan dibebaskan, Selasa ini.

“Pada pagi Selasa ini, Jawatankuasa Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersidang bagi membincangkan perkara itu.

“Insya-Allah, Lembaga Pengampunan akan bersidang, tentukan masa. Besar kemungkinan, Selasa (Anwar dibebaskan).

SAJAHEBOH.COM - Ramai Tertanya Adakah Betul Anwar Ibrahim Telah Maafkan Tun Mahathir Sepenuhnya? Ini Jawapan DiaRUSLI Ibrahim adik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan media selepas berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapatkan rawatan di Pusat Rehabilitasi Cheras. – Foto Mohd Yusni Ariffin

“Yakin hari Selasa. Hanya dia (Anwar) akan pergi tandatangan Agong. Selepas itu, Agong akan panggil dia ke istana dan terus bebas,” katanya kepada pemberita selepas melawat abangnya di Hospital Rehabilitasi Cheras, hari ini.

Rusli berkata, selepas bersidang, Anwar akan segera dibawa ke istana kerana Agong secara peribadi mahu berjumpa dengannya

SUMBER : BHARIAN

ADAKAH ANWAR IBRAHIM MEMAAFKAN TUN MAHATHIR SEPENUH HATI?

SAJAHEBOH.COM - Ramai Tertanya Adakah Betul Anwar Ibrahim Telah Maafkan Tun Mahathir Sepenuhnya? Ini Jawapan DiaSelepas jabat salam bersejarah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka berdua hari ini mengeluarkan kenyataan bersama menentang Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagaimanapun, adakah Anwar sudah memaafkan musuh politik 18 tahunnya itu yang ‘mencantas’ masa depan politiknya hampir dua dekad lalu?

Tambahan lagi ketika berdepan gesaan mohon maaf terbuka anak perempuannya Nurul Nuha.

Berdepan soalan itu hari ini, Anwar kelihatan keberatan mengeluarkan kenyataan pasti bahawa beliau telah memaafkan bekas mentor yang membawa beliau menyertai politik pada era 70-an itu.

Pemberita: Susulan anak perempuan kamu buat kenyataan, kamu masih mahu beliau minta maaf?

Anwar: Saya sudah jelaskan. Masalahnya ia terjadi tiba-tiba; saya tiada peluang bercakap dengan anak-anak saya sebelum ini, tetapi sekarang oleh kerana saya sudah jelaskan keadaan pada mereka, cukuplah.

“Sudah tentu kami menderita…”

Jadi kamu sudah maafkan beliau?

[…] sangat hargai, sudah tentu saya terima kasih pada beliau dan beliau beri sokongan bukan saja pada (isu) MKN tetapi juga reformasi. Ini yang penting.

Boleh kami kata kamu sudah maafkan beliau?

Saya sudah banyak kali maafkan banyak orang, tetapi yang saya bimbangkan adalah keadaan sekarang ini, kerana masyarakat pada masa ini harus hentikan gangguan dan ketidakadilan. Anwar berkata demikian ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Sila tonton video:

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *