Isteri Tekap Muka Suami Dengan Gam Tikus Gara-gara Geram Sering Diabaikan Suami Yang Obses Mobile Legend

Isteri Tekap Muka Suami Dengan Gam Tikus Gara-gara Geram Sering Diabaikan Suami Yang Obses Mobile Legend!  Padah gara-gara terlalu obses dengan permainan Mobile Legend, seorang suami menerima pengajaran apabila si isteri bertindak melekatkan gam tikus di mukanya dalam satu kejadian di China.

SAJAHEBOH.COM - Isteri Tekap Muka Suami Dengan Gam Tikus Gara-gara Geram Sering Diabaikan Suami Yang Obses Mobile LegendMemetik laporan Daily Mail, difahamkan si isteri bertindak demikian selepas tidak dapat menahan sabar kerana sering diabaikan si suami yang terlalu taksub dengan permainan tersebut.

Si isteri yang dikatakan bengang dengan keadaan tersebut telah mengambil keputusan untuk memberi pengajaran kepada suaminya itu.

Memetik sumber lagi, ketika kejadian si isteri dikatakan datang menghampiri sambil memegang sekeping kertas yang dipercayai disapu dengan gam tikus, sebelum bertindak menampal kertas itu ke muka suaminya tanpa ragu-ragu.

Terkejut dengan perkara itu, si suami terus berhenti bermain dan cuba menanggalkan gam tikus berkenaan daripada mukanya selain akui bengang dengan tindakan si isteri.

SAJAHEBOH.COM - Isteri Tekap Muka Suami Dengan Gam Tikus Gara-gara Geram Sering Diabaikan Suami Yang Obses Mobile LegendBagaimanapun, si isteri ternyata tidak membantu mencabut gam tersebut sebaliknya hanya ketawa melihat keletah si suami.

Insiden tersebut ternyata telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial terutamanya golongan wanita.

Di mana rata-rata terhibur dengan gelagat pasangan itu selain sempat berseloroh dengan pasangan masing-masing agar tidak terlalu taksub sekiranya tidak mahu mengalami perkara sama.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *