Gadis Bertudung Buat Aksi ‘Superman’ Dikecam Netizen

Gadis Bertudung Buat Aksi ‘Superman’ Dikecam Netizen. Jika sebelum ini gejala mat rempit lazimnya didominasi oleh kaum lelaki, namun siapa sangka kaum wanita juga ada yang terlibat!

SAJAHEBOH.COM - Gadis Bertudung Buat Aksi ‘Superman’ Dikecam NetizenTerbaharu, video aksi dua remaja wanita yang ligat menunggang motosikal sambil melakukan gaya ‘Superman’ telah mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen di laman sosial.

Rakaman video berkenaan yang dimuat naik menerusi sebuah laman page di laman Facebook menunjukkan dua wanita yang dipercayai berusia belasan tahun itu melakukan aksi berbahaya itu di sebatang jalan yang tidak sibuk.

Tidak diketahui lokasi dan tarikh sebenar kejadian, kedua-dua remaja yang bertudung itu menunggang sambil berbaring di atas motosikalnya, sementara seseorang merakam adegan itu dari sebuah kenderaan lain.

Rakaman itu kemudian mendapat pelbagai reaksi dan komen negatif daripada netizen lantaran aksi berbahaya yang ditunjukkan bukan sahaja melanggar peraturan jalan raya, malah turut menjatuhkan imej sopan-santun seorang wanita Muslim.

“Berapa hantaran nak kasi dekat dua orang awek yang ni min? Apa pun simpan dulu video ni, cukup 30 tahun post balik video ni bagi anak dia tengok mak dia pernah jadi superman ‘bergetah’ ?,” tulis Adam Haikal.

Seorang lagi pengguna Facebook, Nursyafiqah Ali pula menyifatkan aksi itu sekadar untuk mendapatkan perhatian dan tidak sesuai dilakukan oleh seorang wanita, selain membahayakan nyawa.

“Kadang-kadang nak dapat perhatian dan pujian malah rasa bangga kerana mampu buat macam tu sebab kebanyakan yang buat begitu cuma lelaki je, ni perempuan pula siap bertudung pulak tu,” katanya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *