Video Ibu Beri Anak Makan Berudu Hidup Mengundang Pelbagai Reaksi Netizen. Tindakan seorang ibu memberi anaknya makan semangkuk berudu hidup mengundang pelbagai reaksi.
Gara-gara mempercayai amalan karut, seorang wanita di China dirakam memberikan anak lelakinya beberapa ekor berudu konon dapat memberikan kesihatan yang baik kepadanya.
Klip video terbabit turut dikongsi secara meluas di platform media sosial di China yang mana majoriti pengguna menyelar perbuatan wanita tersebut.
Turut kedengaran suara seorang ahli keluarga berkata: “Lihat pada anak-anak katak comel ini,” bagaimanapun ia tidak dapat dipastikan sama ada kanak-kanak itu memakan habis ‘sup’ haiwan amfibia itu
“Lihat ‘ikan kecil’ itu!” kata salah seorang ahli keluarga terbabit.
Ia bagaimanapun tidak jelas sama ada budak tersebut memakan ketujuh-tujuh berudu hidup itu.
Wanita itu menjelaskan dia mengikut resipi perubatan tradisional yang mendakwa memakan berudu boleh memberi ‘kesihatan yang baik’ selain boleh menyembuhkan sista dan menyahtoksik tubuh.
Si ibu mendakwa dia hanya mengikut petua orang lama yang mendakwa ia boleh memberi kesihatan yang baik selepas menelan beberapa ekor berudu tersebut.
Sementara itu, pakar bedah kanak-kanak, Dr Pei mendakwa kanak-kanak lelaki itu berisiko diserang sparganosis atau jangkitan cacing pita jarang berlaku yang berpunca daripada makanan tidak dimasak. – Daily Mail