Penunggang Motosikal Nyaris Kemalangan Disebabkan Pemandu BMW Berhenti Mengejut Seakan Cuba Cari Pasal

Penunggang Motosikal Nyaris Kemalangan Disebabkan Pemandu BMW Berhenti Mengejut Seakan Cuba Cari Pasal. Viral di media sosial video seorang penunggang motosikal nyaris kemalangan gara-gara pemandu kereta di hadapannya sengaja berhenti secara mengejut.

SAJAHEBOH.COM - Penunggang Motosikal Nyaris Kemalangan Disebabkan Pemandu BMW Berhenti Mengejut Seakan Cuba Cari Pasal                          LIKE FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/sajaheboh/Dalam kejadian jam 12.50 pagi itu, di Tiger Lane menghala ke Pasir Pinji, Ipoh, Perak, mangsa, Hang Ming, dalam perjalanan pulang ke rumah dan terserempak dengan kereta BMW berwarna hitam itu.

“Saya tahu saya agak laju sedikit pada waktu itu tetapi saya mula perlahan selepas ternampak kereta tersebut.

“Ketika saya memperlahankan motosikal, saya tidak tahu kenapa dia buat brek kecemasan secara tiba-tiba. Bukan sekali, tetapi beberapa kali.

“Di persimpangan lampu isyarat kedua, saya berhenti dan periksa sama ada kereta itu masih mengekori saya atau tidak, mujur kereta itu sudah berlalu pergi.

“Ada sesiapa yang mengenali pemandu kereta ini? Saya nak tahu apa salah saya dan apa yang dia cuba nak buktikan sebenarnya?” katanya.

Berdasarkan video viral tersebut, mangsa yang dipercayai menunggang motosikal Kawasaki ZX636 berada di lorong kanan dan pemandu kereta BMW menekan brek secara tiba-tiba dipercayai cuba menghalang mangsa.

SAJAHEBOH.COM - Penunggang Motosikal Nyaris Kemalangan Disebabkan Pemandu BMW Berhenti Mengejut Seakan Cuba Cari Pasal                          LIKE FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/sajaheboh/

Mangsa nyaris merempuh belakang kereta mewah tersebut dan pemandu itu kemudian terus memecut.

Mangsa kemudian cuba meneruskan perjalanannya menggunakan lorong kiri tetapi dihalang oleh kereta itu.

Tidak berapa lama kemudian, pemandu itu sekali lagi menekan brek agar mangsa merempuh belakang keretanya. Namun tindakannya itu gagal kerana mangsa sempat mengelak.

Bermula dari situ berlakunya kejadian kejar mengejar dan di penghujung video, BMW itu berhenti mengejut di depan laluan mangsa dan buat kali ketiga mangsa nyaris terlanggar kereta itu.

Video kejadian itu kini viral di media sosial dan hasil semakan netizen mendapati kereta tersebut dimiliki lelaki berusia 36 tahun berasal dari Bidor, Perak.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *