Lari Selepas Langgar Penunggang Motosikal, Pemandu Kereta Suzuki Swift Timbulkan Kemarahan Netizen

Lari Selepas Langgar Penunggang Motosikal, Pemandu Kereta Suzuki Swift Timbulkan Kemarahan Netizen.

SAJAHEBOH.COM - Lari Selepas Langgar Penunggang Motosikal, Pemandu Kereta Suzuki Swift Timbulkan Kemarahan NetizenKecoh di media sosial bila seorang pemandu kereta Suzuki Swift menukar lorong secara melulu sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal terpaksa menanggung derita selepas terbabit dalam kemalangan di sebuah lebuhraya di Perai, Pulau Pinang, Ahad.

Insiden nahas itu dirakam dashcam kereta seorang pemandu lain di sebuah lebuhraya di Perai, Pulau Pinang, pada Ahad sebelum ia menjadi tular menerusi media sosial.

Segala-galanya bermula selepas seorang pemandu kereta jenis Suzuki Swift berwarna merah tiba-tiba membelok sebaik tiba sebuah persimpangan.

SAJAHEBOH.COM - Lari Selepas Langgar Penunggang Motosikal, Pemandu Kereta Suzuki Swift Timbulkan Kemarahan Netizen

Hal itu mengakibatkan kereta berkenaan menghimpit penunggang motosikal itu sebelum mangsa hilang kawalan dan terjatuh ke atas jalan.

Insiden langgar lari itu yang tular di media sosial turut mengundang kemarahan netizen apabila suspek dilihat enggan memberhentikan kenderaannya itu.

Berikutan itu, netizen bertindak membongkarkan identiti wanita berkenaan sehingga ia menjadi tular.

Difahamkan, wanita terbabit turut membuat laporan polis dan mengatakan ingin bertanggungjawab di atas kecuaian yang telah dilakukan.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *