Netizen Tak Tahu Cerita, Dosa Saja Korang Maki MPK. Peniaga Tampil Jelaskan Cerita Sebenar Peniaga Gaduh Dengan Penguatkuasa

Netizen Tak Tahu Cerita, Dosa Saja Korang Maki MPK. Peniaga Tampil Jelaskan Cerita Sebenar Peniaga Gaduh Dengan Penguatkuasa .Viral di media sosial video peniaga air balang bergaduh dengan anggota Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Jalan Taiping, Klang, malam tadi, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

SAJAHEBOH.COM - Netizen Tak Tahu Cerita, Dosa Saja Korang Maki MPK. Peniaga Tampil Jelaskan Cerita Sebenar Peniaga Gaduh Dengan Penguatkuasa Dua video yang dimuat naik oleh netizen menunjukkan peniaga air balang terbabit cuba menghalang balang airnya daripada diambil oleh beberapa anggota Penguat Kuasa MPK sebelum tercetusnya pergaduhan di antara kedua-dua pihak.

Di media sosial, netizen seperti biasa menyelar tindakan anggota MPK yang didakwa memulakan pergaduhan itu dan tidak bertimbang rasa terhadap peniaga air terbabit. Lebih teruk lagi, mereka mendakwa anggota MPK sememangnya tiada budi bicara dalam hal-hal seperti itu.

“Memang diorang ni tak ada perbincangan, datang rembat. Angkat barang orang macam penyamun. Ya tau memang salah tak ada lesen, tetapi bincang baik-baiklah, bukan main sebat saja.

“Pernah juga terjadi pada member meniaga di Pasar Pudu, (anggota) DBKL datang main angkut barang. Yang tak sedap, Melayu vs Melayu. Bangsa lain meniaga boleh pula pejam mata lalu sebelah. Alahai,” tulis netizen yang memberikan komen berdasar dua video viral itu.

apehal woi .. #jalantaiping

Posted by Syafiq Esa on Saturday, 9 June 2018

Bagaimanapun, tampil seorang peniaga di tempat itu menceritakan apa sebenarnya yang berlaku dan meminta netizen yang tidak tahu hal yang sebenar tidak mengecam anggota Penguat Kuasa MPK.

“Aku berniaga di sini dan kes gaduh ini berlaku di depan mata aku. Yang tak tahu cerita, (buat) dosa saja korang maki (anggota) MPK.

“Diorang (peniaga terbabit) menjual air secara haram. Kitorang ni bayar tapak, tengok pun sakit hati. Dari awal puasa MPK dah meronda dan beri amaran secara lisan saja, tetapi diorang ini degil. Dah memang tak boleh berniaga iar balang, kenapa nak melawan undang-undang?

“MPK dah banyak kali beri amaran kepada diorang, tetapi degil. Lagipun yang memulakan pergaduhan ini adalah peniaga terbabit.

Posted by Syafiq Esa on Saturday, 9 June 2018

“MPK nak angkut (barang), diorang tak kasi. Peniaga start tumbuk dulu, baru anggota berkenaa balas. Video ini bila gaduh, dah start nampaklah macam anggota MPK yang mulakan. Bukan nak backing MPK, tetapi ini cerita sebenarnya,” jelas Nazra Fatima.

SAJAHEBOH.COM - Netizen Tak Tahu Cerita, Dosa Saja Korang Maki MPK. Peniaga Tampil Jelaskan Cerita Sebenar Peniaga Gaduh Dengan Penguatkuasa

Penjelasan Nazra itu juga disokong ramai netizen yang mendakwa, peniaga terbabit yang mula menjatuhkan balang airnya sendiri sebelum tercetusnya pergaduhan tersebut sehingga menyebabkan anggota MPK terpaksa bertindak balas.

Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua pihak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Kredit: The Reporter

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *