Cubaan Seorang Lelaki Nak Tunjuk Hebat Depan Wanita Dengan Masuk Kandang Panda, Bertukar Tragedi Bila Dia “Dikungfu” Panda

Cubaan Seorang Lelaki Nak Tunjuk Hebat Depan Wanita Dengan Masuk Kandang Panda, Bertukar Tragedi Bila Dia “Dikungfu” Panda Sebenar.

SAJAHEBOH.COM - Cubaan Seorang Lelaki Nak Tunjuk Hebat Depan Wanita Dengan Masuk Kandang Panda, Bertukar Tragedi Bila Dia "Dikungfu" PandaSeorang pengunjung lelaki yang cuba menarik perhatian rakan wanitanya dengan mempamerkan aksi berani memasuki kandang panda bertukar ‘tragedi’ apabila ‘dikung fu’ haiwan berkenaan.

Kejadian itu dirakam di Zoo Nanchang, Nanchang, wilayah Jiangxi, China. Video berdurasi satu minit lebih itu memaparkan pengunjung lelaki itu mengusik haiwan berwarna putih hitam itu yang sedang nyenyak tidur.

Lelaki itu berdiri dan melihat haiwan itu tidur tetapi kemudian melangkah lebih dekat untuk menyentuh kepala haiwan tersebut.

SAJAHEBOH.COM - Cubaan Seorang Lelaki Nak Tunjuk Hebat Depan Wanita Dengan Masuk Kandang Panda, Bertukar Tragedi Bila Dia "Dikungfu" Panda

Tak suka waktu rehatnya diganggu, panda berkenaan bertindak menyerang lelaki itu dengan merangkul kakinya dan menjatuhkannya ke tanah.

Meskipun berusaha membebaskan diri dari terus digomol panda berkenaan namun ianya tidak berhasil sehinggalah panda gergasi itu dengan rela melepaskannya.[Sajaheboh.com]

Video pengunjung lelaki itu ‘dibelasah’ panda kemudiannya menjadi sensasi di laman sosial.

Walau bagaimanapun, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu, bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius.

Menurut pengurus zoo tersebut, panda gergasi yang dikenali sebagai Mei Ling itu hanya mahu bermain dengannya.

Tambahnya lagi, meskipun kelihatan comel dan malu-malu, panda akan bertindak agresif jika berasa dirinya berada dalam keadaan terancam dan gelisah.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.