Kemunculan “Arnab Gergasi” Setiap Bulan Menimbulkan Ketakutan Di Kalangan Penduduk

Kemunculan “Arnab Gergasi” Setiap Bulan Menimbulkan Ketakutan Di Kalangan Penduduk. Sejak tahun lalu, pada hari pertama setiap bulan, seekor arnab setinggi 6 kaki akan muncul di lokasi yang sama di London barat.

SAJAHEBOH.COM - Kemunculan "Arnab Gergasi" Setiap Bulan Menimbulkan Ketakutan Di Kalangan Penduduk Facebook Page: https://www.facebook.com/sajaheboh/Dengan memakai skaf bercorak belang berwarna-warni di lehernya, ‘ia’ berdiri berhampiran jambatan Barnes sambil melambai-lambai ke arah pemandu yang lalu-lalang.

Penampilannya yang pelik itu telah mencetuskan sensasi di media sosial sehinggakan ada di antara pengguna jalan raya yang menggelarkannya sebagai ‘menakutkan’.

Pencarian di laman sesawang mendapati ‘arnab putih’ itu mempunyai akaun Facebooknya sendiri bernama I AM White Rabbit (Aku Arnab Putih), di mana dia menyatakan sebab dia berpakaian arnab adalah untuk “memberi kasih sayang tanpa syarat”.

Menurutnya lagi, falsafahnya mudah: “Cuma mahu ada di sini, tiada sebab selain hanya untuk wujud.”

Namun, misteri identiti arnab putih itu sudah pun terungkai, baru-baru ini.

Rupa-rupanya, arnab putih itu merupakan alter ego atau persona kedua kepada Spike McLarrity, seorang artis pertunjukan seni hidup.

“Kerja saya melibatkan kisah hidup saya sendiri,” tulisnya, sebelum menambah bahawa penampilannya sebagai seekor arnab putih itu menyasarkan untuk ‘memperoleh cara baru bagi menarik kumpulan penonton baru dan untuk menghubungkan seni halus dan persembahan.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *