Pelanggan Belasah Cashier Bertubi-tubi Kerana Marah Dan Hilang Sabar Tunggu Lebih 30 Minit

Pelanggan Belasah Cashier Bertubi-tubi Kerana Marah Dan Hilang Sabar Tunggu Lebih 30 Minit. Malang nasib seorang juruwang lelaki di sebuah restoran dibelasah bertubi-tubi oleh seorang pelanggan lelaki yang hilang kesabaran kerana menunggu terlalu lama.

 SAJAHEBOH.COM - Pelanggan Belasah Cashier Bertubi-tubi Kerana Marah Dan Hilang Sabar Tunggu Lebih 30 MinitDalam kejadian petang semalam di Aeon Mall Bukit Tinggi, Klang, mangsa yang sedang menguruskan pembayaran pelanggannya yang membayar menggunakan kad debit tiba-tiba dimarahi lelaki terbabit yang juga menghentak kaunternya beberapa kali.

Mangsa pada awalnya enggan melayani karenah lelaki itu, namun mukanya ditumbuk secara tiba-tiba.

Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mangsa berhenti seketika dan pelanggan yang lain juga tergamam melihat situasi yang tidak dijangkakan itu. [Sajaheboh.com]

Lelaki itu kemudian datang ke dalam kawasan kaunter lalu menyerang mangsa bertubi-tubi. Mangsa sesekali cuba mengelakkan dan melawan sebelum kedua-duanya dileraikan oleh beberapa pelanggan dan kakitangan restoran berkenaan.

Kejadian itu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan video itu kini viral di media sosial, menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang mengutuk tindakan lelaki terbabit yang tidak mempunyai kesabaran.

Menurut sumber, lelaki terbabit tidak berpuas hati kerana terpaksa beratur dan telah menunggu lama di luar restoran lebih dari setengah jam.

Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit, tampil membantu.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.