Momen Terindah Dr. Wan Azizah Mengalir Air Mata Gembira Lepas Terima Kejutan Anak Yang Pulang Dari Luar Negara.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia, Dato Seri Dr. Wan Azizah berkongsi momen paling manis melalui laman Instagram miliknya apabila dikejutkan dengan kehadiran anak perempuannya Nurul Hana yang baru tiba dari Amerika Syarikat.
Selepas bersatu bersama suami tercinta, Datuk Seri Anwar minggu lalu, Wan Azizah menerima kejutan ini dengan hati yang sangat sebak apatah lagi ia berlaku pada bulan yang mulia ini. Mungkin untuk yang kesekian kalinya, akhirnya, keluarga ini bersatu sesama mereka dan mencipta potret lengkap.
Klip video yang rata-rata telah menyentuh hati netizen in mendapat lebih 30,000 tontonan dan komen-komen daripada mereka yang kebanyakkannya turut sebak dengan situasi tersebut.
Wan Azizah orangnya humble
Menitis air mata
Menikam hati sanubari
Mungkin Ramadhan dan Syawal ini merupakan tahun yang paling bermakna buat keluarga Datuk Seri Anwar dan Dato Seri Dr. Wan Azizah.
sumber: IG Wan Azizah