10 Sifat Calon Suami Yang Baik Dan Ideal

Perkongsian 10 sifat calon suami yang baik dan ideal buat bacaan anda semua terutama lelaki yang masih single di luar sana. (Sajaheboh.com).

Sajaheboh.com - 10 Sifat Calon Suami Yang Baik Dan Ideal 1)..Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

2)..Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

3)..Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

4)..Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya. (Sajaheboh.com)

5)..Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

6)..Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

7)..Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

8)..Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

9)..Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

10)..Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

Jika lepas berkahwin lagi anda hendaklah tahu juga akan rahsia isteri yang tidak diberitahu kepada suami.

Sekian.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.