Wabak Bubonik Pula Muncul Di China, Mampu Membunuh Dalam 24 Jam Menurut WHO

BEIJING: Dalam situasi dunia masih tercari-cari vaksin bagi mengekang pandemik COVID-19, dua kes jangkitan wabak bubonik pula dikesan di sebuah bandar di utara China pada Ahad.sajaheboh.com - Wabak Bubonik Pula Muncul Di China, Mampu Membunuh Dalam 24 Jam Menurut WHO

Kes tersebut dilaporkan di sebuah hospital di Bayannur, Inner Mongolia sekali gus mendorong kerajaan mengeluarkan amaran berhubung penyakit itu sehingga hujung tahun ini.

“Buat masa ini, terdapat risiko wabak itu akan merebak di bandar berkenaan.

“Orang ramai digesa meningkatkan kawalan keselamatan diri dan mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat,” kata pihak berkuasa keselamatan tempatan.

Terdahulu, pada 1 Julai, media tempatan Xianhua melaporkan terdapat dua pesakit yang disyaki dijangkiti wabak bubonik di wilayah Khovd, di barat Mongolia.

Suspek berusia 27 dan 17 tahun itu disahkan positif selepas melalui ujian makmal dan kini ditempatkan di dua hospital.

Pesakit yang merupakan adik-beradik itu disahkan dijangkiti wabak bubonik selepas menikmati haiwan marmot.

sajaheboh.com - Wabak Bubonik Pula Muncul Di China, Mampu Membunuh Dalam 24 Jam Menurut WHO

Marmot merupakan haiwan daripada spesies tupai tanah dengan nama saintifiknya Marmota.

Haiwan dalam kelas herbivor itu dikenal pasti hidup di Asia, Eropah dan Utara Amerika.

Dalam perkembangan sama, seramai 146 individu yang dikesan mempunyai kontak rapat dengan mangsa telah diasingkan dan dirawat di hospital.

Wabak bubonik berpunca daripada bakteria yang disebarkan melalui pepijat yang hidup dalam spesies tikus termasuk marmot.

Ia mampu membunuh dalam masa 24 jam jika tidak dirawat, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tahun lalu, dua individu yang dijangkiti wabak bubonik di sebuah wilayah di barat Mongolia, Bayan-Ulhii maut selepas memakan daging marmot mentah.

Sumber: Astro Awani

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *