Buaya Sepanjang 3 Meter Ditemui Dalam Lopak Air Di Kampung Linau Kecil, Johor

BATU PAHAT: Seekor buaya ditemui di Kampung Linau Kecil di sini, hari ini, dipercayai tersesat.Buaya Sepanjang 3 Meter Ditemui Dalam Lopak Air Di Kampung Linau Kecil, Johor

Reptilia seberat 150 kilogram (kg) dan sepanjang kira-kira tiga meter itu dipercayai sesat dan berada dalam lopak air dalam kebun sawit berdekatan anak sungai Linau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Saifulle Idris, berkata pihaknya menerima panggilan jam 3.21 petang mengenai kejadian itu.

“Operasi menjinakkan dan menangkap reptilia itu mengambil masa 30 minit kerana agresif.

Buaya Sepanjang 3 Meter Ditemui Dalam Lopak Air Di Kampung Linau Kecil, Johor

“Buaya itu itu ditemui pekerja kebun sawit yang sedang membersihkan kebun terbabit, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Buaya Sepanjang 3 Meter Ditemui Dalam Lopak Air Di Kampung Linau Kecil, Johor

Menurut beliau, pihak bomba menggunakan peralatan pencerut serta tali menyelamat dengan mengikat bahagian kaki hadapan dan belakang serta mulut buaya.

“Selain itu menggunakan kain bagi menutup mata buaya bagi memudahkan proses menangkap buaya itu.

Buaya Sepanjang 3 Meter Ditemui Dalam Lopak Air Di Kampung Linau Kecil, Johor

“Reptilia itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Daerah Batu Pahat untuk tindakan lanjut, katanya.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *