Keseronokan Dua Wanita Yang ‘Excited’ Berjalan Di Kota London Berubah Dalam Sekelip Mata

Keseronokan Dua Wanita yang Teruja Berjalan Di Kota London Berubah Dalam Sekelip Mata Sahaja. Siapa yang tidak suka melancong kan, kalau boleh setiap bulan pun nak pergi melancong  tengok dunia-dunia luar. Melancong merupakan aktiviti yang sangat menarik.sajaheboh.com - Keseronokan Dua Wanita Yang 'Excited' Berjalan Di Kota London Berubah Dalam Sekelip Mata

Tidak kira melancong di dalam mahupun luar negara, kita dapat mempelajari sesuatu yang baru – budaya, warisan, makanan dan pelbagai lagi. Tetapi, jika kita mengunjungi kawasan baharu dan tidak biasa dilawati, kita perlulah sentiasa berwaspada.

Apabila ke bandar-bandar besar, pelancong disarankan untuk mengelakkan pergi ke sesetengah kawasan bagi mengelakkan jenayah. Hal ini kerana, pelbagai perkara boleh berlaku tidak kira masa. Antara insiden yang sering berlaku pada para pelacong di luar negara adalah seluk saku.

Itulah yang dialami oleh seorang pelancong dari Thailand, Nina Spencer dan rakannya, Toi apabila mereka berjalan di sekitar kota London. Mereka difahamkan berjalan melepasi Cambridge Circus sambil merakamkan diri mereka menggunakan kayu swafoto.

sajaheboh.com - Keseronokan Dua Wanita Yang 'Excited' Berjalan Di Kota London Berubah Dalam Sekelip Mata

 

Pada ketika itulah, walaupun mereka sedang merakam diri mereka, dalam sekelip mata dompet rakannya, Toi telah dicuri oleh penyeluk saku. Sejurus sahaja melintas jalan, Toi memeriksa dompetnya di dalam beg tangan dan menyedari bahawa dompet berisi wang tunai £400 (RM2,000) dan beberapa kad kredit telah lesap.

Berasa terkejut dan pelik, mereka kemudian memainkan semula rakaman yang telah dibuat ketika mereka berjalan dan pada ketika itulah mereka menemui jawapannya!

Nina Spencer dan Toi ketika berjalan menyelusuri kota London:

Rakaman itu mendedahkan bahawa seorang wanita berjaket hitam dan cermin mata hitamnya disangkutkan pada kepala dengan memerhatikan bahu Nina sementara wanita kedua yang memakai jaket kulit hitam sambil memegang telefon bimbit merah memandang beg tangan Toi.

Pada masa yang sama, wanita yang menyangkutkan cermin mata pada kepalanya itu menutup aksi rakannya itu dengan menggunakan beg tangan hitam yang besar.

sajaheboh.com - Keseronokan Dua Wanita Yang 'Excited' Berjalan Di Kota London Berubah Dalam Sekelip Mata

 

Ini memudahkan kerja rakannya untuk menyeluk ke dalam beg Toi dan menarik dompet miliknya tanpa Toi sedari.

Ketiga-ketiga wanita berkenaan kemudiannya berjalan ke arah yang berbeza.

Menurut Viral Press, kemungkinan untuk menerima kembali dompet itu adalah tipis walaupun insiden itu telah pun dilaporkan kepada pihak berkuasa. “Kami tidak rasa kami akan dapat kembali wang itu buat masa ini. Apa yang kami mahu adalah pihak berkuasa tahu akan perkara sebegitu berlaku di kota berkenaan,” kata Nina.

Secara puratanya, sebanyak 600,000 kes sebegini berlaku setiap tahun di United Kingdom. Kes ini meningkat sebanyak 20% di London antara tahun 2010 hingga 2012.

VIDEO:

Bandar-bandar yang menjadi sasaran di seluruh dunia untuk kegiatan sebegini mengikut data TripAdvisor adalah; Sepanyol (Barcelona, Madrid), Itali (Rom, Florence), Perancis (Paris), Republik Czech (Prague), Argentina (Buenos Aires), Belanda (Amsterdam), Greece (Athens), dan Vietnam (Hanoi).

Mohon hati-hati jika nak pergi ke mana-mana tempat sama ada untuk melancong atau untuk tujuan yang lain 

Sumber : ERA BARU

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *