Polis Sering Hilang Waktu Tengahari, Motifnya Diragui Rakan Polis Hingga Terbongkar Semuanya

Polis merupakan satu pekerjaan yang sangat penting kepada masyarakat kita untuk menjaga keamanan dan juga menjaga tindak-tanduk masyarakat supaya tidak melampaui batas. Seorang polis bernama Ramli (bukan nama sebenar) dikesan oleh rakan-rakan setugasnya sering melakukan sesuatu yang agak pelik kebelakangan ini.sajaheboh.com - Polis Sering Hilang Waktu Tengahari, Motifnya Diragui Rakan Polis Hingga Terbongkar Semuanya

 

Polis ini selalu memesan makanan lebih dan dalam diam-diam dia menghilangkan diri darp pejabat polis dengan makanan yang dibelinya sampaikah tiada langsung kelibatnya ketika waktu tengah hari.

Hari-demi hari, tingkah laku Ramli menimbulkan tanda tanya kepada polis-polis yang lain dan suatu hari mereka berpakat untuk menyiasat apa yang dilakukannya. Pada hari yang dirancang, apabila Ramli mula meninggalkan pejabat, mereka pun mengekorinya dari belakang tanpa disedari.

sajaheboh.com - Polis Sering Hilang Waktu Tengahari, Motifnya Diragui Rakan Polis Hingga Terbongkar Semuanya
Gambar Hiasan

Dalam hati mereka memang dah tak sabar nak mengetahui apa sebenarnya yang dilakukan oleh Ramli dan juga takut kalau dia berhadapan dengan apa-apa masalah.

Namun pada hari itu terbongkar semuanya. Ternyata Ramli meninggalkan pejabat setiap hari dengan membawa makanan lebih untuk diberikannya kepada keluarga yang tidak berkemampuan. Ramli, yang pada awalnya tidak mahu mengaku akhirnya memberitahu rakannya yang keluarga tersebut sendang dilanda kesusahan.

sajaheboh.com - Polis Sering Hilang Waktu Tengahari, Motifnya Diragui Rakan Polis Hingga Terbongkar Semuanya
Gambar Hiasan

Suami isteri tiada pekerjaan dan mereka ada 3 orang anak kecil yang perlu mereka tanggung. Kerana tidak sampai hati melihat keadaan keluarga tersebut, dia memutuskan untuk membantu mereka dengan menghantar makanan supaya mereka tidak kelaparan.

Polis-polis yang lain tersentuh dengan apa yang dilakukan oleh Ramli dan mereka juga mahu membantunya menolong keluarga tersebut.

sajaheboh.com - Polis Sering Hilang Waktu Tengahari, Motifnya Diragui Rakan Polis Hingga Terbongkar Semuanya

 

Perbuatan Ramli kemudiannya tersebar dan dia mendapat pujian oleh polis-polis yang lain dan ketua polis memberikan penghargaan untuknya kerana menunjukkan perbuatan dan contoh amalan yang baik kepada masyarakat. – TEAM NETIZEN

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *