Wanita Ketawa Besar Sampai Mulut Tak Dapat Menutup Mulutnya

Gara-gara ketawa besar dan terlalu kuat, seorang wanita tidak dapat menutup mulutnya. Dikatakan wanita tersebut mengalami kekejangan pada rahang selepas ketawa besar di dalam kereta api.sajaheboh.com - Wanita Ketawa Besar Sampai Mulut Tak Dapat Menutup Mulutnya

Kejadian dilaporkan berlaku ketika wanita berkenaan dalam perjalanan pulang dan terhibur dengan sesuatu, lantas ketawa terbahak-bahak dengan kuatnya.

Akibat daripada kekejangan ini, seorang penumpang dalam kereta api yang juga merupakan seorang doktor tampil memberi rawatan kepada beliau.

Pada awalnya, doktor yang merawat, Dr Wengsheng melihat wanita berkenaan tidak dapat bercakap dan menutup mulut menyangka beliau mengalami strok, hingga menyebabkan air liurnya meleleh keluar.sajaheboh.com - Wanita Ketawa Besar Sampai Mulut Tak Dapat Menutup Mulutnya

 

Selepas diperiksa, rahang wanita itu didapati terkehel akibat daripada membuka mulut terlalu besar. Doktor yang merawatnya berjaya membetulkan rahang wanita tersebut tidak lama kemudian.sajaheboh.com - Wanita Ketawa Besar Sampai Mulut Tak Dapat Menutup Mulutnya

 

Memang betul ketawa itu adalah satu perkara yang baik, antara manfaat yang kita peroleh dengan ketawa ialah:

Mengurangkan Stress
Orang yang ketawa akan dapat mengurangkan stress selain dapat menceriakan orang lain

Memperbaiki hubungan sesama manusia.
Orang yang senang ketawa biasanya lebih disenangi dan disukai orang. Asalkan ia tidak melampaui atas dan ia bantu memperbaiki hubungan sesama kita.

sajaheboh.com - Wanita Ketawa Besar Sampai Mulut Tak Dapat Menutup Mulutnya

Otot-otot bersenam.
Tubuh badan kita bekerja seperti sedang bersenam ketika ketawa. 80 jenis otot tubuh akan mengecut dan berehat secara berirama. Kebanyakkannya otot-otot di bahagian perut,belakang badan dan muka.

 

Walaubagaimanapun, jika ketawa biarlah berpada dan jangan keterlaluan, takut boleh membuatkan orang sekeliling tidak selesa. lagi teruk, kalau jadi macam wanita ini.

Sumber: NDTV

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *