Terkejut Semasa Cuba Selamatkan ‘Kucing Besar’ Terbaring Atas Jalan

Ketika Sedang Memandu, Seorang Lelaki Nampak Seekor ‘Kucing Besar’ Terbaring Atas Jalan. Dia Pun Hentikan Kereta Dan Cuba Melihat Keadaan Haiwan Tersebut. Namun Dia  Terkejut Saat Melihatnya ‘Haiwan’ Itu Dari Jarak Dekat.sajaheboh.com - Terkejut Semasa Cuba Selamatkan ‘Kucing Besar’ Terbaring Atas Jalan

Seorang pengguna jalan raya berdebar-debar apabila memberhentikan keretanya untuk menyelamatkan seekor kucing yang besar di atas jalan, mungkin mengalami kecederaan.

Ketika kejadian, Ben Lilly dalam perjalanan melalui A646 di West Yorkshire, United Kingdom, pada pagi Sabtu lalu. Bapa dua anak itu berkata, haiwan tersebut mempunyai corak seperti harimau bintang, terbaring di atas jalan.sajaheboh.com - Terkejut Semasa Cuba Selamatkan ‘Kucing Besar’ Terbaring Atas Jalan

Keputusannya untuk memberhentikan kenderaan apabila mendengar laporan mengenai beberapa kucing besar sering dilihat berada di kawasan itu, dan diharapkan dapat menyelamatkan haiwan yang cedera.

Perunding teknologi maklumat (IT) itu pada mulanya berasa berat hati untuk mendekati haiwan berkenaan kerana ia kelihatan hidup, dan mungkin mengalami kecederaan di bahagian muka.

sajaheboh.com - Terkejut Semasa Cuba Selamatkan ‘Kucing Besar’ Terbaring Atas Jalan

 

Dia bagaimanapun berjaya mendekati haiwan tersebut sebelum menyedari usahanya sia-sia apabila ia sebenarnya merupakan baju parti dengan corak seperti haiwan.

sajaheboh.com - Terkejut Semasa Cuba Selamatkan ‘Kucing Besar’ Terbaring Atas Jalan

Bagaimanapun, Ben bukan seorang sahaja yang tersilap menyangka ia adalah haiwan, tetapi ramai yang turut mengakui melihatnya lebih sekali sebaik dia memuat naik pengalaman yang memalukan itu di Facebook. Antara komen mereka:

“Bloody hell! I thought the same as I drove over it this morning.”

“This is the funniest thing ever.”

Sumber: Mirror

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *