“Miskin macam kita?” Anak Tanya Bapa Sama Ada Mereka Miskin Dan Ini Penjelasan Si Bapa.

Kita dilahirkan ke dunia ini memang tidak boleh memilih sama ada untuk dilahirkan dalam keluarga yang kaya mahupun keluarga yang miskin. Walaubagaimanapun, kita sentiasa akan ada mempunyai peluang dalam hidup kita apabila meningkat dewasa untuk cuba mendapatkan apa yang kita mahu selagi kita berusaha.“Miskin macam kita?” Anak Tanya Bapa Sama Ada Mereka Miskin Dan Ini Penjelasan Si Bapa.

Kanak-kanak yang masil kecil mungkin ramai yang masih tidak mengerti erti kehidupan dan mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan juga orang-orang disekelining mereka. Oleh itu, didikan orang tua seperti ibu bapa sememangnya memainkan peranan penting untuk perkembangan pembesaran mereka. Perkongsian Hafizul Hakim ini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa mencorakkan pemikiran anak-anak dengan baik, bukan hanya membiarkan anak itu belajar mengenai kehidupan itu sendiri yang dibimbang mudah terpengaruh dan akhirnya terpesong.

“DAD, kita ni miskin ke?” tanya Altamis sebelum turun ke taska.
“Kenapa tanya soalan tu?” saya tersenyum, sambil masukkan selipar di kakinya.

“Kawan-kawan bagitau kalau naik motosikal, adik ni miskin.” jawabnya sambil menunjuk skuter kesayangan aku yang sudah berusia 9 tahun.

 

“Altamis tahu miskin tu apa?” saya cuba uji apa yang dia tahu tentang kemiskinan.

sajaheboh.com - “Miskin macam kita?” Anak Bertanya Kepada Bapanya Sama Ada Mereka Miskin Dan Ini Penjelasan Si Bapa

“Erm. Orang miskin tak cukup makan, tidur bawah jambatan, tak mandi. Pakaian koyak macam Hulk.” jawabnya sambil berkerut dahi, nak dapat kepastian agaknya.

“Miskin macam kita?” haa soalan bertaraf KBAT saya tanya pada anak nombor dua ni.

“Tak. Adik makan banyak, ada katil, selalu mandi, baju tak koyak.” jawabnya lancar. Di rumah, kami bahasakan Altamis dengan panggilan adik.

“Haa tahu pun. Ingat, motosikal bukan tanda orang itu miskin. Kadang-kadang orang berkereta pun pening sebab dah masuk 3 bulan tak bayar bank. Tunggu masa kereta kena tarik. Skuter daddy dah habis bayar lama dah.”

“Daddy tak kaya lagi, masih perlu bekerja untuk bayar rumah, beli pampers adik, beli makanan.” jawab saya sambil pasang helmet kuning, Bumblebee.

“Okay dad. Faham.” mungkin dia keliru dengan definisi kemiskinan lepas kawannya bagitau miskin sebab naik motosikal. Itu je.

Moral of story, anak ibarat kain putih. Kita sebagai ibu bapa yang corakkannya. Daddy tak miskin dan tak juga kaya. Yang sedang-sedang saja.

sajaheboh.com - “Miskin macam kita?” Anak Bertanya Kepada Bapanya Sama Ada Mereka Miskin Dan Ini Penjelasan Si Bapa

Sebenarnya, jawapan saya adalah perkataan sama yang keluar dari mulut ayah tahun 90-an dulu. Exactly situasi kawan-kawan gelak sebab ayah hantar pakai motosikal Honda Fame je ke sekolah.

Bak kata isteri, rupa aku seperti anak orang miskin tapi anak aku anak orang kaya. Dan katanya, dia kahwin dengan anak orang miskin tapi anaknya ada ayah orang kaya. Huhu, deep ni! Mungkin sebab saya tak kedekut dengan keperluan dan pelajaran anak-anak. Sebab itu sekali sekala tak salah hadiahkan juga iron steam, pakaian cantik atau apa-apa yang isteri sukakan. Mereka pun berhak dapat hadiah dari kita.

Tak perlu ada emosi negatif kalau tengok orang hadiahkan isteri sesuatu. Cuba ingat balik teks khutbah nikah yang Tok kadi baca sebelum kahwin. Ini tak, yang diingat cuma gaya ko celebrate lepas lafaz akad je.

Yang penting, sedekah berterusan, simpanan mantap dan tak perlu berhutang dengan orang. Biar orang pandang kita seolah serba-serbi tak cukup tapi hakikatnya kita ini mampu. Lebih elok begitu, dari mereka fikirkan kita ada segalanya. Susah jugak macam tu. Begitulah.

Sumber: Hafizul Hakim 

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *