Patung Elsa Menggerunkan, Kembali ke Rumah Walaupun Sudah Dibuang Dua Kali

Satu keluarga diselubungi ketakutan apabila satu anak patung Elsa, pandai balik semula ke rumah meskipun sudah dibuang dua kali.sajaheboh.com - Patung Elsa Menggerunkan, Kembali ke Rumah Walaupun Sudah Dibuang Dua Kali

Seorang ibu terkejut apabila mendapati anak patung Elsa, watak dari filem animasi Frozen kembali semula ke kediaman mereka selepas dua kali dibuang.

Anak patung berkenaan milik anaknya, Aurelia yang diberikan sebagai hadiah sempena perayaan Krismas. Emily Madonia berkata, ketika mula patung itu dibawa ke kediaman mereka, ia sudah menunjukkan keanehan apabila menyanyi dan bercakap dalam bahasa Sepanyol ketika ia dalam mod ‘off’.

Daily Mail melaporkan, Emily dan suaminya membuat keputusan untuk membuang patung berkenaan.

“Namun, beberapa minggu kemudian, patung berkenaan dijumpai duduk di atas bangku di luar rumah kami. “Kejadian itu menyebabkan kami berasa sangat hairan dan membungkusnya dengan plastik sampah yang kemudian dimasukkan ke dalam plastik lain dipenuhi pelbagai sampah.sajaheboh.com - Patung Elsa Menggerunkan, Kembali ke Rumah Walaupun Sudah Dibuang Dua Kali

 

“Plastik itu kemudian diletakkan pada bahagian paling bawah dalam tong sampah dan ia dikutip oleh lori pada hari sama,” katanya.

Keluarga itu kemudian keluar bercuti selama beberapa hari dan tidak teringat mengenai anak patung itu.

“Tetapi, selepas kami pulang, Aurelia mengatakan bahawa dia ternampak anak patung itu berada di belakang rumah kami,” katanya.

sajaheboh.com - Patung Elsa Menggerunkan, Kembali ke Rumah Walaupun Sudah Dibuang Dua Kali

Emily berkata, memandangkan cara membuang patung itu tidak berjaya, maka mereka membuat keputusan untuk menghantar kepada rakannya yang tinggal berjauhan.

 

“Saya mengirim patung Elsa itu kepada Chris yang tinggal 2,400 kilometer dari sini dan menceritakan kisah aneh yang berlaku.

“Sejak menerima Elsa, dia menyimpan anak patung itu di bonet keretanya untuk memastikan ia tidak ke mana-mana,” katanya.

p/s: Di rumah korang, ada patung Elsa tak?

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *