Pulangkan Dompet Berisi Ribuan Ringgit Meskipun Perlukan Duit Belanja Perubatan Anak, Kejujuran Datangkan Rezeki RM300,000

Pulangkan Dompet Berisi Ribuan Ringgit Walaupun Terdesak Perlukan Duit Untuk Belanja Perubatan Anak, Kejujurannya Kemudian Datangkan Rezeki RM300,000! Begitulah satu kisah inspirasi seorang lelaki yang menjadi tular di media sosial.sajaheboh.com - Pulangkan Dompet Berisi Ribuan Ringgit Walaupun Terdesak Perlukan Duit Untuk Belanja Perubatan Anak, Kejujurannya Kemudian Datangkan Rezeki RM300,000!

Meskipun terdesak memerlukan wang untuk pembedahan sum-sum tulang anak lelakinya, seorang bapa memulangkan dompet berisi wang tunai 20,000 yuan (RM12,100) ditemuinya di tepi jalan.

Namun, Tang Shaolong, dari Jining, Shandong tidak menyangka sikap jujurnya akhirnya membuahkan rezeki jauh lebih murah untuknya sekeluarga.

Tang memerlukan wang untuk membolehkan anak lelakinya berusia dua tahun yang menghidap sindrom hemofagositik menjalani pemindahan sum-sum tulang di sebuah hospital di Jinan, lapor South China Morning Post. Tang sudah membayar 200,000 yuan (RM121,400) namun jumlah itu masih belum mencukupi kerana kos operasi pemindahan itu berjumlah 400,000 yuan (RM242,900).

sajaheboh.com - Pulangkan Dompet Berisi Ribuan Ringgit Walaupun Terdesak Perlukan Duit Untuk Belanja Perubatan Anak, Kejujurannya Kemudian Datangkan Rezeki RM300,000!

 

Lelaki itu menemui dompet di tepi jalan berisi wang tunai 20,000 yuan (RM12,100), kad bank, kad perniagaan dan lesen memandu ketika keluar dari hospital untuk membeli makanan anaknya.

“Sejujurnya, saya sangat gembira menemui wang begitu banyak. Saya fikir ia pemberian Tuhan yang mengetahui saya berasa risau kerana kekurangan wang untuk menyelamatkan nyawa anak saya dan ia mungkin membantu saya.

“Tetapi serentak itu saya terfikir, wang itu dijumpai berhampiran hospital dan mungkin simpanan seseorang yang amat memerlukannya,” kata Tang.

sajaheboh.com - Pulangkan Dompet Berisi Ribuan Ringgit Walaupun Terdesak Perlukan Duit Untuk Belanja Perubatan Anak, Kejujurannya Kemudian Datangkan Rezeki RM300,000!

 

Tang kemudiannya memutuskan memulangkan dompet itu kepada pemiliknya seorang penanam sayur, Ding Yilong malah menolak menerima ganjaran wang tunai.

Justeru, Ding cuba membantu Tang membiayai pembedahan anaknya dengan mendermakan lobak hampir 200 tan untuk dijual.

sajaheboh.com - Pulangkan Dompet Berisi Ribuan Ringgit Walaupun Terdesak Perlukan Duit Untuk Belanja Perubatan Anak, Kejujurannya Kemudian Datangkan Rezeki RM300,000!

 

Selepas cerita mengenai mereka muncul dalam akhbar Qilu Evening News pada hari Ahad dan sayur-sayuran mereka habis dijual menjelang Selasa. Hasil jualan lobak kira-kira 500,000 yuan (RM303,600) itu dapat menampung kos pemindahan sum-sum tulang anak Tang.

Memang betul orang kata, kalau kita berlaku jujur dan berbuat paik pada orang, maka kebaikan pasti akan datang pada kita.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *