Teman Lelaki Menghina Ayahnya “Kerja Buruh Itu Memalukan”, Jawapan Balas Dia Buat Teman Lelakinya Terdiam! Dalam zaman era kemodenan ini, tahap pekerjaan seseorang seperti dipandang hina oleh insan lain sekiranya mendapat pekerjaan yang berat seperti kerja buruh.
Seorang netizen menceritakan kisahnya, ketika teman lelaki menghina ayahnya yang merupakan pekerja buruh.
Sebagai seorang anak, kerana ibunya sibuk bekerja, Vonny selalu tinggal di rumah ibu saudaranya. Suatu hari, ayahnya mendukungnya dengan gembira selepas bekerja, tetapi Vonny, yang pada ketika itu berumur 10 tahun, tidak mahu membalas pelukan ayahnya, dia menolak tangannya dan berkata, “Papa, bau, jangan memeluk saya.”
Anak yang baru berusia 10 tahun tidak memahami betapa menyakitkan kata-kata tersebut kepada bapanya. Tetapi melihat perubahan raut wajah ayahnya, Vonny sedar bahawa dia salah dan telah membuat ayahnya sedih.
Sehingga selepas dia dibesarkan, Vonny semakin memahami tentang kehidupan, dia menyesal dengan perkataan yang terlepas dari mulutnya pada ketika itu.
Semasa belajar di Universiti, setiap kali habis kuliah dia sering pergi ke tapak projek pembinaan dimana tempat ayahnya bekerja untuk melihat ayahnya dan akan makan malam bersama ayahnya. Malah, ketika ayahnya pulang dari kerja, dia segera memeluk seorang ayah yang dipenuhi peluh. Vonny hanya berharap bahawa ini akan menyembuhkan luka sebelumnya.
Pada satu hari, teman lelaki Vonny mengatakan bahawa pekerjaan ayahnya adalah pekerjaan yang bertaraf rendah, seluruh tubuhnya kotor dan bau, dia fikir ia memalukan.
Vonny yang mendengar ini segera menjawab, “Walaupun saya tidak tahu apa perbezaan antara kerja yang tinggi dan rendah, tetapi jika anda menilai tahap kerja hanya dari kebersihan pakaiannya, maka pekerjaan tertinggi adalah pengangguran.”
source: ohduniawi