“Apa Dia Buat? Setiap Tengah Malam Datang Kawasan Rumah Aku!”- Kelibat Manusia itu Kelihatan Setiap Tengah Malam

“Apa Dia Buat? Setiap Tengah Malam Datang Kawasan Rumah Aku!”- Kelibat Manusia itu Kelihatan Setiap Tengah Malam. Bunyi motor yang sama. Jam lebih kurang. Kalau tak 11.45 malam, mesti pukul 12 malam lebih-lebih.

SAJAHEBOH.COM - “Apa Dia Buat? Setiap Tengah Malam Datang Kawasan Rumah Aku!”- Kelibat Manusia itu Kelihatan Setiap Tengah MalamSelalu bila aku jenguk keluar, motosikal tu dah lepas dari penglihatan. Tak sempat nak nengok empunya wajah.

Nak kata Cinderella, bentuk badan macam jantan. Ya la, muncul tiap tengah malam. Risau jugalah, takut-takut mat gam mana datang melilau check line. Nak masuk rumah ke apa ke. Tambah-tambah dengan keadaan ekonomi merosot, menteri suka berjenaka ni, penjenayah suka menjadi penonton jendela dan pintu-pintu rumah kita. Malam tu, aku curi-curi berada di tepi tingkap. Timing baik punya. Dia datang. Aku dah siap-siap dengan fon.

Dia datang. Tak matikan enjin motosikalnya. Dengan berseluar pendek. Jalan lengang tak ada kenderaan masa tu. Dia turun dari motor. Pergi ke seberang jalan. Panggil-panggil sesuatu tengok dari gaya tangannya macam ajak orang datang. Budak ni panggil apa malam-malam ni? Haish.

Lepas itu, dia kembali ke motor. Keluarkan sesuatu dari plastik. Curahkan di lantai di bahu jalan. Tanpa menanti, dia beredar dari situ. Tak lama kemudian, dalam tiga minit, datang seekor kucing. Hidu-hidu. Makan.Oh. Baru aku faham. Rupanya, mamat ni datang malam-malam untuk tinggalkan makanan pada kucing jalanan.

Mulianya hati dia. Malu pula aku sendiri. Sebab kawasan tu, kawasan kejiranan rumah aku. Aku pun malas nak peduli nasib kucing jalanan, tapi Allah Maha Kaya, tidak ada makhluk-Nya yang tidak Dia bela. Hatta ulat dalam batu pun Allah bagi rezeki, boleh makan. Apatah pula kucing jalanan ini.

Kepada pemuda yang buat amal secara tersembunyi beri makanan kucing ni, Allah nampak keikhlasan kamu itu. Kamu rasa tak ada siapa nampak kelakuan kamu. Tapi, maafkan daku, terpaksa tulis untuk berikan kesedaran pada diri sendiri dan kawan-kawan. Moga jadi asbab dan hidayah pada kami semua.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.