Spesis Jerung Paling Sukar Ditemui Berjaya Dijumpai Oleh Seorang Penyelam Di Komodo Island

Satu Spesis Jerung Paling Sukar Ditemui Berjaya Dijumpai Oleh Seorang Penyelam Di Komodo Island Yang Kali Terakhir Spesis Jerung Itu Berjaya Dirakam Pada 40 Tahun Lepas.

SAJAHEBOH.COM - Spesis Jerung Paling Sukar Ditemui Berjaya Dijumpai Oleh Seorang Penyelam Di Komodo Island          https://www.facebook.com/sajahebohSeorang penyelam dari Britain berjaya merakam jenis jerung megamouth, spesis jerung yang paling sukar ditemui.

Penyelam terbabit, Penny Bielich berjaya merakam jerung itu ketika meneroka kawasan selam Gii Lawa di Pulau Komodo, lapor Fox News.

Video jerung itu kemudiannya dimuat naik di laman Instagram.

SAJAHEBOH.COM - Spesis Jerung Paling Sukar Ditemui Berjaya Dijumpai Oleh Seorang Penyelam Di Komodo Island          https://www.facebook.com/sajaheboh

“Jerung megamouth! Rasa sangat beruntung dapat menyaksikan bersama (rakan) Heikki Innanen. Hanya 63 pertemuan direkodkan sebelum ini. Sekarang 64!” tulis Penny.

Kali pertama spesis jerung itu berjaya dirakam adalah pada tahun 1976 dan setakat ini, hanya 60 penampakan yang disahkan berjaya direkod.

Bagaimanapun, haiwan itu bukanlah satu ancaman buat manusia kerana ia hanya memakan haiwan kecil, lapor National Geographic.

Ia dikategorikan sebagai haiwan ‘rare’ kerana data mengenainya terlalu sedikit.

p/s: Baca juga berita mengenai seorang budak hampir dibaham sekumpulan jerung jika tidak dibantu pemilik drone.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *