Penjelasan Video Viral Airport ‘Berhantu’ Oleh Bekas Pramugara. Viral di media sosial sebuah video yang agak seram diambil di sebuah lapangan terbang antarabangsa di Thailand dipercayai di Phuket.
Video tersebut ditonton lebih 12 juta kali dan telah dikongsi lebih setengah juta kali oleh netizen. Video tersebut memaparkan penumpang sedang menuruni ‘aero bridge’ namun tanpa kelibat pesawat.
Penumpang-penumpang tersebut dilihat berjalan laju menuruni pesawat dengan menaiki aero bridge tersebut.
Namun, bagi seorang bekas pramugara Atif Zul tampil menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Ikuti perkongsian penuh dari lelaki tersebut dibawah
Saya dah explain kat admin yang upload video sama. Ini semua hanya satu ilusi sahaja. Betul2 di sebelah (belakang) aerobridge ni ada laluan daripada main terminal menghala ke aerobridge-aeorbridge ini. Sebenarnya penumpang2 ini sedang berjalan dari bangunan terminal ke arah aerobridge.
Oleh sebab camera angle ini setaraf dengan laluan dibelakangnya, ia kelihatan seolah-olah penumpang ini sedang berjalan di atas aerobridge yang tiada kapal ini. Mereka pula berjalan laju sebab video ini sedang fast forward. Antara buktinya adalah lampu pada van dibawah yang berputar dengan laju.
Saya dahulu kerja sebagai seorang pramugara dan sering membuat penerbangan ke Phuket jadi saya dah familiar dengan layout airport ini. Walaupun saya ni percaya pada alam ghaib dan makhlus halus, tetapi saya juga tidak mudah ditipu.Walaupun netizen ada yang percaya bahawa ‘penumpang’ tersebut adalah ‘hantu’ namun penjelasan ini dapat meleraikan segala pertanyaan yang bermain di minda netizen.
Posted by Richard Ker on Monday, 31 July 2017