Senarai Pantang Larang Di Rumah Turun-Temurun Yang Wajib Anda Tahu!

Senarai Pantang Larang Di Rumah Turun-Temurun Yang Wajib Anda Tahu! Apakah pantang larang di rumah yang anda tahu? Sewaktu kita kecil lagi kita telahpun diberitahu akan banyak pantang larang atau kata-kata nasihat yang masih lagi diingati sampai sekarang.

SAJAHEBOH.COM - Senarai Pantang Larang Di Rumah Turun-Temurun Yang Wajib Anda Tahu!Sebenarnya nasihat atau pantang larang ini mempunyai maksud dan logik yang tersendiri. Berikut adalah beberapa pantang larang yang sering kita dengar.

1.Jangan potong kuku waktu malam nanti kuku mati

Tahukah anda bahawa orang zaman dulu potong kuku dengan menggunakan pisau, sebab itulah sangat bahaya kalau kita memotong kuku di waktu malam takut tersilap dan boleh mencederakan  jari kita. Selain itu, anda mungkin juga berminat untuk tahu rahsia bentuk jari kita.

2. Jangan duduk atas bantal nanti tumbuh bisul

Maksudnya ialah Bantal kan tempatnya khas untuk kepala kita, jadi tak berapa elok dan sopan kalau letak bantal di sebagai tempat duduk atau alas punggung. Tambahan pula bantal mempunyai permukaan yang tidak rata dan tidak bagus kalau duduk lama-lama.

SAJAHEBOH.COM - Senarai Pantang Larang Di Rumah Turun-Temurun Yang Wajib Anda Tahu!

3. Jangan suka makan pindah-pindah tempat nanti banyak suami

Kalau makan sekejap di sana dan sekejap di sini kan tidak sopan dan nampak berselerak lebih-lebih lagi kalau ada sisa makanan yang jatuh atau tumpah. Oleh sebab itu, kita dilarang untuk makan pindah randah kalau di rumah.

4. Jangan biarkan pinggan kering lepas makan, nanti rezeki tak masuk

Maksudnya ialah supaya pinggan senang untuk dicuci nanti. Kalau sisa makanan dibiarkan kering di pinggan akan menyebabkan pinggan itu susah sedikit untuk dicuci bersih.

Jangan makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng

Bahagian leher ayam kan cuma ada satu, jadi kurang manis dan tak elok kalau kita berebut-rebut nak makan.

Perempuan jangan menyanyi kalau tengah masak di dapur nanti dapat suami tua

Maksudnya ialah supaya kita fokus dan tidak leka semasa memasak takut nanti makanan hangus atau tercedera ketika memotong atau menghiris makanan.

Jangan suka mengangkat kedua-dua kaki ketika baring meniarap nanti emak cepat mati

Bunyi agak kasar tetapi maksud sebenarnya ialah perlakuan sedemikian adalah tidak sopan kalau tiba-tiba ada orang datang melawat ke rumah dan melihat lihat anak-anak macam itu kan.

Selain pantang larang di rumah, ada juga beberapa pantang larang lama yang agak menarik untuk pengetahuan kita semua.

Selain daripada senarai pantang larang di rumah yang disenaraikan diatas, ada apa-apa lagi tak pantang larang di rumah yang anda tahu? Boleh kongsikan bersama-sama ya! 🙂

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *