Semua Kanak-kanak Yang Berjumpa Doktor Gigi Ini Tidak Lagi Menangis Malah Berseronok Sebab Teruja

Wow! Semua Kanak-kanak Yang Berjumpa Doktor Gigi Ini Tidak Lagi Menangis Malah Berseronok Sebab Teruja. Tidak kira sama ada anak kecil atau golongan tua sekali pun, temujanji bersama doktor gigi adalah satu perkara yang amat ditakuti.

SAJAHEBOH.COM - Semua Kanak-kanak Yang Berjumpa Doktor Gigi Ini Tidak Lagi Menangis Malah Berseronok Sebab TerujaNamun begitu, lain pula kisahnya jika anda mendapatkan khidmat rawatan pergigian di Elmwood Park, New Jersey.

Hal ini demikian kerana anda pasti akan menikmati waktu yang menyeronokkan sambil merasai pengalaman mendapatkan rawatan gigi. Segalanya berpunca daripada helah magis doktor gigi ini!

Dr. Eyal Simchi mula menjadi bintang sensasi Internet gara-gara sering mempamerkan helah magisnya semasa melakukan rawatan gigi ke atas kanak-kanak.

Sepanjang kerjayanya sebagai pakar pergigian, Dr. Eyal cuba untuk mempelajari pelbagai kaedah bagi menenangkan para pesakit yang takut dan gementar sebelum mendapatkan rawatan.

SAJAHEBOH.COM - Semua Kanak-kanak Yang Berjumpa Doktor Gigi Ini Tidak Lagi Menangis Malah Berseronok Sebab Teruja

Dalam video yang menular ini, Dr. Eyal dilihat sedang ‘memperdayakan’ pesakit kecilnya dengan melakukan aksi silap mata. Dia dilihat sedang mengeluarkan api daripada hidung dan telinga kanak-kanak tersebut sekali gus membuatkan si kecil tergamam!

Video tersebut tersebar secara meluas di media sosial dan meraih sehingga lebih 15 juta tontonan di Facebook serta 10 juta lagi di Twitter.

SAJAHEBOH.COM - Semua Kanak-kanak Yang Berjumpa Doktor Gigi Ini Tidak Lagi Menangis Malah Berseronok Sebab Teruja

Antara video terkenal lain yang menunjukkan helah silap mata Dr. Eyal adalah bila mana beliau berjaya menarik duit syiling daripada belakang telinga pesakit kanak-kanak.

Namun, selain daripada silap mata, Dr. Eyal turut mengongsikan beberapa taktik lain bagi menenangkan kanak-kanak. Antaranya adalah seperti meniup sarung tangan getah menjadi belon, membiarkan kanak-kanak bermain dengan alatan pergigian serta bermacam-macam lagi.

“Daripada sebuah ruangan menunggu yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan dekorasi bertemakan akuatik kepada helah magis yang menakjubkan, Dr. Eyal mempunyai kebolehan unik untuk membuatkan setiap kanak-kanak tidak takut untuk berjumpa doktor gigi,” itulah petikan iklan yang terpapar di laman sesawang Dr. Eyal.

Magic trick lights

The cutest thing you'll see today 😍

Posted by VT on Thursday, 24 May 2018

Sekarang tiba masa untuk anda menyaksikan helah silap mata yang Dr. Eyal praktikkan untuk menenangkan si kecil.

Sumber: erabaru

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *