Petua Tips Untuk Hilangkan Karang Gigi Tanpa Perlu Jumpa Doktor

Tahukah anda apa petua atau tips untuk hilangkan karang gigi yang boleh kita praktikkan? Tahukah anda apa itu Karang Gigi? Karang gigi adalah mineral deposit berwarna kuning atau coklat yang melekat pada gigi kita dan boleh menyebabkan gigi rosak bila dibiarkan begitu sahaja dan tidak dibuang atau dibersihkan.

SAJAHEBOH.COM - Petua Tips Untuk Hilangkan Karang Gigi Tanpa Perlu Jumpa DoktorUntuk menghilangkan karang gigi, biasanya kita akan pergi berjumpa dengan doktor, tetapi sebenarnya kita juga boleh melakukannya sendiri.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda tips menyingkirkan karang gigi dengan berkesan yang boleh anda praktikan sendiri di rumah. Terlebih dahulu anda kena sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti yang disenaraikan di bawah ini:

  • Air
  • Berus gigi
  • Serbuk soda
  • Hidrogen peroksida
  • Garam
  • Dental pick
  • Antiseptik pencuci mulut

SAJAHEBOH.COM - Petua Tips Untuk Hilangkan Karang Gigi Tanpa Perlu Jumpa Doktor

Prosedur Dan Cara Menghilangkan Karang Gigi :

  1. Campurkan satu cawan hidrogen peroksida dengan 1/2 cawan air panas, lalu berkumurlah dengan campuran itu selama lebih kurang satu minit. Kemudian buang dan basuh dengan 1/2 cawan air sejuk.

2. Bahan paling biasa digunakan dan berkesan untuk menyingkirkan karang gigi ialah baking soda. Campurkan sesudu baking soda dengan 1/2 sudu teh garam dalam cawan. Kemudian, rendamkan berus gigi dalam air panas dan celupkan dalam campuran tadi.

3. Mulakan memberus gigi anda dengan menggunakan campuran bahan tadi dan teruskan selama 5 minit.

4. Kemudian cuci mulut anda dengan menggunakan pencuci mulut antiseptik.

SAJAHEBOH.COM - Petua Tips Untuk Hilangkan Karang Gigi Tanpa Perlu Jumpa Doktor

5. Lepas itu, gunakan dental pick untuk bersihkan karang pada gigi anda. Sila lakukan dengan cermat supaya tidak mengikis dan menyebabkan kerosakan pada gusi anda pula.

Itulah petua dan tips hilangkan karang gigi yang anda boleh buat sendiri di rumah jika malas berjumpa dengan doktor gigi (dentist).

Walaubagaimanapun, kena ingat bahawa cara ini walaupun berkesan tapi tidaklah sepantas yang dilakukan oleh doktor. Anda juga boleh tengok tips memutihkan gigi kuning dan juga cara meredakan sakit ulser mulut jika berminat.

Credit: KakiPromo

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *