Saya Doa Supaya Suami Kemalangan Jika Dia Curang. Akhirnya Betul Dia Kemalangan’

Makin lama keadaan makin teruk. Paling buat saya geram, rumah saya terbakar, puas saya telefon dia, dia tak jawab. ‘Saya Doa Supaya Suami Kemalangan Jika Dia Curang. Akhirnya Betul Dia Kemalangan’

SAJAHEBOH.COM - Saya Doa Supaya Suami Kemalangan Jika Dia Curang. Akhirnya Betul Dia Kemalangan’“Sekadar nak kongsi pengalaman, saya sudah 16 tahun berkahwin. Anak 3 orang. Saya dan suami kahwin awal pada usia 21 tahun kami berdua sebaya. Habis SPM saya sambung belajar manakala suami terus bekerja. Mak mertua yang bersunguh nak kami kahwin awal. Belum sempat saya habis belajar, saya dah kahwin. Di awal perkahwinan, kami pjj selama setahun. Tamat pengajian, saya pun melahirkan anak sulung.”

“Allah permudahkan urusan saya, selesai sahaja pantang, saya ditawarkan kerja di bandar yang tak jauh dari kampung. Rezeki anak kami menyewa sebuah rumah kampung. Tak lama selepas itu, ujian pertama dalam perkahwinan. Suami saya dah pandai balik lewat, setiap hari balik lewat malam. Hati saya dah syak macam-macam.”

“Makin lama keadaan makin teruk. Paling buat saya geram, rumah saya terbakar, puas saya telefon dia, dia tak jawab. Nasib baiklah waktu itu ada jiran yang baik. Dah tengah malam, baru dia balik. Masa itu memang menyesal sebab tak jawab telefon saya.”

“Lepas kejadian itu, saya terpaksa menumpang rumah mak saya. Tapi suami masih buat perangai, pukul 2 atau 3 pagi baru balik. Saya geram tiba-tiba saja waktu itu saya berdoa, “Ya Allah, kalaulah suami aku khianati aku, curangi aku, biarlah malam ini dia eksiden.” Masa itu saya geram sangat dan terkeluar saja doa macam itu.”

“Lepas tersedar saya istigfar semula. Mungkin agaknya doa saya doa hamba yang teraniaya, Allah makbulkan doa saya. Dalam pukul 5 pagi, saya dengar bunyi kereta di luar rumah tetapi bukan kereta dia. Bila saya buka pintu, tengok dia dengan lebam dan luka sepanjang 1 inci di kepala. Katanya kemalangan langgar babi.”

“Mengucap saya waktu tu, terdetik dalam hati, Allah perkenankan doa aku. Hati saya makin kuat mengatakan memang dia ada buat pasal dengan saya. Tapi saya sabar sebab tak nak gaduh dekat rumah mak saya. Tak lama lepas itu, kami pindah ke rumah lain. Masa tu saya mula siasat. saya perasan dia selalu sorok telefon bimbit dia. Suatu pagi, waktu dia tengah mandi, saya cari telefon dia. Jumpa dan terus saya buka telefon tu. tengok sms dari perempuan, ber abg2 lagi… saya tunggu dia kat pintu bilik.”

“Selesai dia mandi, saya tanya dia siapa perempuan yang sms dia? Dia tak jawab saya lempar telefon itu ke dinding. Hancur. Suami saya menanggis dan merayu tak nak buat lagi. Saya pergi kerja macam biasa, sampai pejabat saya telefon perempuan itu. Saya cerita hal sebenar dan ajak jumpa.”

“Perempuan tu tak tahu suami saya dah ada isteri. Suami saya balik lambt sebab selalu dating dengan perempuan tu. Perempuan itu janji, tak nak kacau suami saya lagi. Tapi saya tak bodoh, esok saya pergi intip dia kat tempat kerja. Memang mereka jumpa lagi.”

“Memang geram waktu itu tengah mereka makan, saya pergi. Saya simbah air atas muka suami saya dan muka perempuan itu. Saya cuma cakap dalam nada yang paling lembut dan manja, “sila pilih saya atau perempuan itu?” Dia bangun dan pilih saya. Saya tanya perempuan itu, kenapa ganggu suami saya lagi? Perempuan itu cakap, sebab tak boleh nak lupa.”

“Saya ugut perempuan itu, “lepas ini kau jaga, aku akan upah seorang perempuan untuk kacau ayah engkau! Aku tak boleh buat engkau, aku akan buat pada keluarga engkau. Aku dah siasat dan aku tahu semua pasal engkau, mak ayah engkau, adik beradik engkau.” Sedangkan saya tak tahu apa-apa pun.”

“Lepas kejadian itu, suami saya jadi lelaki mithali untuk beberapa bulan. Saya pula mengandung anak kedua dengan harapan, bila bertambah anak suami akan lebih bertanggung jawab. Lahir anak kedua, sekali lagi buat perangai. Dengan budak perempuan dekat dengan rumah sewa saya.”

“Perempuan itu tahu suami saya dah beristeri, tapi gatal juga nak melayan. Hati saya dah mula tawar. Tapi masa itu, saya muda, saya takut kalau saya bercerai, mesti keluarga saya salahkan saya. tapi hati saya dendam dengan suami. Suami saya yang gatal sebenarnya. Sibuk sms perempauan lain, sekali lagi telefon jadi mangsa, pecah telefon itu saya kerja kan. Memang masa itu saya naik angin. Saya kejar dia dengan pisau potong ayam. Nasib baik dia sempat masuk bilik dan kunci pintu.”

“Setiap malam, saya akan terbayang semua kecurangan suami. Hati rasa macam terbakar. Saya nak dia rasa, macam mana saya rasa. Keesokkannya, sebelum balik kerja, saya pergi ke bandar. Saya beli sebuah telefon yang paling murah dan kad sim yang baru. Saya guna nombor baru itu untuk sms ke nombor saya, kononnya ada orang lain yang hantar pada saya.”

“Sengaja saya simpan semua sms cintan dalam telefon saya. 2,3 minggu itu saya asyik dengan telefon saya. Tak berenggang dengan telefon. Sebenarnya waktu itu, tak ada apa pun tapi saya sengaja berlakon supaya dia curiga. Memang nampak dia curiga sebab dia dah mula tegur saya, saya bersms dengan siapa.”

“Dah banyak sms romantic dalam telefon saya, saya tinggalkan telefon saya sewaktu saya pergi kerja. Telefon baru itu, memang ada dengan saya. Tengah hari itu, dia telefon nombor baru saya. Saya cuma tersenyum, saya biarkan panggilan tanpa di jawab. Banyak kali dia telefon ke nombor baru saya, tapi saya tak jawab hinggalah akhirnya dia sms, “Kau siapa? Kenapa ganggu isteri aku! Jawab call aku!” Saya rasa puas ati. Saya nak dia rasa apa yg saya rasa biar pun terpaksa berlakon.”

“Tak lama lepas itu, dia datang ke pejabat saya dengan kereta kawan dia. Dia bawak saya pergi makan dan tanya siapa lelaki yang sms saya tu. Saya hanya ketawa, dan saya tanya dia “Pedih tak bang ?” Saya tinggalkan dia dan terus balik pejabat. Sejak dari itu, suami saya berubah. 1 tahun saya ambik masa untuk ikhlaskan hati menerima dia. Akhirnya, saya terima dia.”

“Saya mohon ampun pada dia dan cium tangan dia. Saya tahu, saya pun banyak buat salah. Dia bagi tahu saya, dia dah rasa apa yang saya rasa dan dia menyesal. Alhamdulillah, suami pun dah berubah. Sekarang dia pun dah berniaga sendiri. Anak pun dah bertambah seorang lagi, kami pun dah semakin matang. Masih lagi bergaduh sekali sekala, tapi bukan sebab ada orang ketiga.”

“Dia jadikan saya orang terpenting dalam hidup dia, dan saya pun jadikan dia orang yang terpenting dalam hidup saya. Sekarang, suami saya banyak masa di rumah. Cuma saya kadang bosan bila dia di rumah sebab suami dah dapat hobi baru membebel. Meningkat usia ini jadi kaki bebel pula. Tapi saya terima daripada jadi kaki perempuan. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Jadikan Allah utama dalam hidup kita, inshaAllah, kita akan kuat berdepan ujian Allah.”

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *