Benarkah Dakwaan Pil Perancang Menjadi Punca Penyakit Kanser Serviks?

Benarkah Dakwaan Pil Perancang Menjadi Punca Penyakit Kanser Serviks? Banyak cara yang boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri yang sudah berkahwin ingin merancang kehamilan, antaranya adalah dengan mengambil pil perancang, implan, IUCD, dan sebagainya.

SAJAHEBOH.COM - Benarkah Dakwaan Pil Perancang Menjadi Punca Penyakit Kanser Serviks?Tetapi, terdapat dakwaan pil perancang kehamilan menjadi punca penyakit kanser serviks. Serviks adalah dikenali juga sebagai pangkal rahim atau pintu rahim.

Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi) Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan, Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain berkata ada benarnya pil perancang kehamilan mempunyai kaitan dengan kanser serviks.

Beliau berkata, terdapat kajian yang dilakukan terdahulu menunjukkan kebanyakkan pesakit kanser serviks pernah mengambil pil perancang kehamilan.

Katanya, apabila dikaji lebih lanjut pesakit kanser serviks terbabit juga mengamalkan aktiviti seks berbilang pasangan dan mengambil pil perancang kehamilan untuk mencegah kehamilan.

“Maka, andaian asal adalah pil perancang kehamilan menyebabkan kanser serviks. Namun apabila dikaji dengan lebih lanjut, ada pendapat bercanggah mengenai hasil kajian ini memandangkan pesakit kanser serviks terbabit turut mengamalkan aktiviti seks berbilang pasangan dan mengambil pil itu untuk mencegah kehamilan.

“Sebaliknya, pendapat yang menyokong hasil kajian asal mendebatkan teori kemungkinan hormon dalam pil perancang kehamilan mengubah keadaan permukaan serviks sehingga mencetuskan pembentukan kanser. Pil perancang kehamilan adalah antara kaedah yang berkesan dengan syarat anda perlu mengambilnya mengikut peraturan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya kanser serviks boleh dicegah berbanding kanser lain kerana mempunyai peringkat penyakit mudah untuk dikesan dan dirawat untuk mencegah kanser serviks. Ia boleh disaring melalui ujian pap smear, tetapi masih ramai wanita yang tidak mahu menjalan ujian saringan pap smear.

“Meskipun begitu, pencegahan kanser serviks boleh dilakukan sama ada menerusi suntikan vaksin atau ujian pap smear secara berkala.

Suntikan vaksin dianggap sebagai kaedah pencegahan utama manakala pap smear pula adalah tahap pencegahan sekunder. Jadi, ia adalah satu kombinasi pencegahan yang amat penting.

“Malangnya, di negara kita, masih ramai yang tidak menjalani ujian saringan pap smear ini,”katanya.

Kredit: Utaranews.com

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *