Polis Kecewa Remaja Masih Ulang Berbasikal Lewat Malam

Tidak pernah serik! Selepas kemalangan yang meragut lapan orang remaja yang berbasikal lewat malam, masih ada yang melakukan kegiatan tersebut!

JOHOR BAHRU: Ketua polis daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh hari ini meluahkan kekecewaannya atas kedegilan sekumpulan remaja yang mengulangi kegiatan berbasikal lewat malam di lokasi sama yang meragut 8 nyawa 18 Februari lalu.Polis Kecewa Remaja Masih Ulang Berbasikal Lewat MalamLuahannya itu susulan penahanan 22 remaja berusia antara 14 dan 17 tahun yang didapati berkumpul dan berlumba basikal di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 3 pagi, 18 Februari lalu, 8 remaja maut dan 8 lagi cedera dengan 2 daripada mereka kritikal selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita. Wanita terbabit telah didakwa di mahkamah minggu lalu.

Menyifatkan nasihat polis sebelum ini ibarat “mencurah air ke daun keladi”, Sulaiman berkata sebahagian daripada yang ditahan itu juga adalah saksi kemalangan ngeri tersebut.

Kesemua mereka ditahan ketika anggota polis sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan pada pukul 3 pagi semalam.

“Mereka ini didapati bergerak dalam kumpulan seramai 30 hingga 40 orang dan sedang berlumba di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini.

Sulaiman yang jelas kecewa dengan perbuatan kumpulan remaja terbabit turut mengeluarkan amaran untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang berkenaan.

“Mereka boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun,” katanya.

Beliau memberi amaran polis tidak teragak-agak berbuat demikian jika keadaan mendesak kerana isu itu tidak boleh diserahkan kepada polis semata-mata.

Mengenai kumpulan remaja yang ditahan, Sulaiman berkata, mereka merangkumi 20 remaja lelaki dan 2 perempuan dengan 14 daripada mereka adalah penunggang basikal manakala baki merupakan penonton.

“Hasil siasatan mendapati 15 remaja yang ditahan merupakan pelajar sekolah dan 7 daripadanya tidak lagi bersekolah.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *