Jangan Buat Perkara Ini Bila Putus Cinta

Jika putus cinta, jangan lah ingat bahawa hidup anda sudah tidak bermakna lagi! Jangan jadikan putus cinta itu sebagai alasan untuk perkara lain yang pentuing dalam hidup anda. Di bawah ini adalah 5 perkara yang jangan dilakukan bila putus cinta.

Jangan Buat Perkara Ini Bila Putus Cinta1]  Jangan lakukan perkara yang melulu.
Lepas dah ditinggalkan oleh ex kita tu, janganlah kita buat kerja yang tak masuk akal. Sebagai contoh mencederakan diri sendiri. Ish ish, takmau takmau. Sebaiknya kita pergi bercuti tenangkan diri. Haaa

2]  Jangan menagih simpati.
Ye tahu korang tengah sedih, tapi janganlah nak menagih simpati dekat semua orang. Nanti orang cakap korang ni lemah apa semua. So better korang luahkan kesedihan korang ni dekat seorang kawan baik korang je. At least dapat lepaskan dan buktikan yang korang boleh hidup tanpa ex korang tu! Yeah!

3]  Jangan update sebarang status di laman sosial.
Benda paling penting, jangan sesekali update status dekat laman sosial bila kita sedih. Ini pon dah nampak dah yang kita ni macam tak boleh hidup tanpa si dia. Jangan! Kita buat cool je okay!

4]  Tak perlu kerap contact dia.
Ni yang sering korang buatkan? Sebab rindu dengan si ex tu. Tapi sebaiknya jangan lah contact dia, takut dia rimas nanti. korang relax je, sebab mana tahu dalam korang jauhkan diri dari dia, dia pulak yang rindu korang. Haa padan muka dia! Haha

5] Tak perlu jadikan dia best friend
Tak salah pun nak jadikan ex kita tu kawan baik kita. Tapi kita ni, boleh ke terima kalau dia dah ada pengganti? Haa mesti tak kan. So, eloklah kita jauhkan diri dari ex kita tu.

Sekian.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *