Dari Presiden Ke Penjara Menjadi Banduan

Daripada seorang Presiden yang dihormati dan dikenali ramai, kini bertukar menjadi dari Presiden ke penjara. Seseorang boleh menjadi presiden hari ini, tetapi menjadi banduan atau tahanan esok hari. Semuanya gara-gara salah laku, salah guna kuasa atau rasuah. Itulah yang berlaku kepada Presiden Korea Selatan Park Guen-hye.

Park, puteri mantan presiden Korea Selatan yang ketiga, Park Chung-hee, kini menjalani kehidupan baharu berbanding 360 darjah daripada sebelumnya.Dari Presiden Ke Penjara Menjadi BanduanDari istana presiden berjuluk Blue House dibantu oleh puluhan pembantu kini ia mendekam di penjara seorang diri, makan makanan bernilai sekitar RM4, dan tidur di tilam lipat di lantai.

Dia diancam penjara 10 tahun jika didapati bersalah.

Kini, beliau punya banyak masa untuk merenung dan menilai apa-apa yang telah dilakukannya ketika menjadi Presiden. Namun, semuanya sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur.

Beliau yang terkenal dengan gaya rambut disanggul kecil itu menjadi orang ketiga disumbat ke dalam jel, memakai pakaian penjara selepas Mahkamah Daerah Tengah Seoul pada 3 petang semalam mengeluarkan waran tangkap atas 13 tuduhan jenayah termasuk rasuah dan salah guna kuasa.

Rakan karib Park, Choi Soon-sil yang menjadi tumpuan utama dalam skandal rasuah itu, juga ditahan di pusat itu. Begitu juga pewaris syarikat Samsung, Lee Jay-Yong yang dituduh terbabit dalam skandal itu.

Tidak hanya status yang berubah, jepit rambut yang biasa dikenakannya sekarang juga harus dilepas.

Tahanan tidak dibenarkan menyimpan jepit rambut yang terbuat darpadai logam kerana benda itu dapat digunakan untuk melukai diri sendiri.

Di sebalik awan mendung dan hujan renyai-renyai yang turun semalam, Park dibawa ke Pusat Tahanan di Uiwang, wilayah Gyeonggi.

Ratusan penyokong bekas presiden itu berkumpul di hadapan pusat tahanan berkenaan apabila Park tiba, sambil mengibarkan bendera dan melaungkan slogan menuntut pembebasannya

Ketika pendukung Park mengungkapkan perasaan mereka dengan berteriak, “Park Geun-hye, presiden kami!”, sebagian lainnya justeru gembira dengan penahanannya.

Penahanan beliau mencerminkan ketelusan perbicaraan dan hakikat tidak sesiapa berada di atas undang-undang.

Dari Presiden Ke Penjara Menjadi Banduan Hukuman

Kehidupan dalam tahanan bagi Park bermula dengan pemeriksaan yang mengesahkan pengenalannya, selain pemeriksaan terhadap kesihatannya.

Park dibekalkan dengan keperluan harian termasuk bantal, selimut, ubat gigi dan pakaian. Pakaiannya mempunyai nombor tahanan dan bilik tempatnya menginap.

Park tidak diberikan akses bertemu dengan penata gaya, pembantu peribadi, ahli bedah plastik, pakar perawat kulit atau pakar terapi yang lazimnya kerap mengunjungi beliau di Blue House

Park, 65, tinggal di sebuah bilik berukuran 6.56 meter lengkap dengan tandas, sebuah peti TV, singki, almari, dan meja. Park tinggal berasingan berbanding dengan tahanan lain yang biasanya menempatkan enam orang dalam sebuah bilik.

Nakun TV dibenarkan hanya saluran yang diluluskan pihak berkuasa.

Keistimewaan diberi kepadanya sebagai bekas Presiden. Park akan diberi tiga kali makan sehari mengikut menu yang dijadualkan. Untuk sarapan pagi pertama Park makan roti dan keju.

Park perlu bangun jam 6 pagi dan masuk tidur jam 8 malam. Kecuali pada hari Ahad, beliau dibenarkan mengadakan senaman di luar penjara selama 45 minit setiap hari.

Park dibenarkan untuk menerima seorang pelawat selama 30 minit setiap hari antara 8.30 hingga 4 petang. Dan, difahamkan seperti tahanan lain, Park dapat berbelanja sehingga $2,670 sebulan untuk membeli pakaian, ubat, buku dan keperluan lain.

“Ini benar-benar amat memilukan dan menyedihkan. Kita harap, sejarah memilukan tentang seorang mantan presiden yang ditangkap tidak akan berulang di negara ini,” kata pemerhati.

Semoga semua pemimpin negara melakukan tanggungjawab terhadap rakyat dan negara dengan sejujurnya dan jangan sesekali terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa.

source

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *