Penghantar Makanan Meninggal Selepas Terlanggar Lubang Di Bahu Jalan

Petaling Jaya: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggang melanggar lopak di bahu jalan sebelum terjatuh dalam kemalangan di Jalan PJU 7/2, di sini, hari ini.Penghantar Makanan Meninggal Selepas Terlanggar Lubang Di Bahu Jalan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 1.15 tengah hari ketika mangsa sedang dalam perjalanan menghantar makanan.

“Mangsa berusia 31 tahun berasal dari Kampung Cempaka terlanggar lubang di bahu jalan sebelum hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecedaraan parah,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Penghantar Makanan Meninggal Selepas Terlanggar Lubang Di Bahu Jalan

 

Nik Ezanee berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat selepas mendapat keputusan ujian Covid-19.

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.

VIDEO:

Kejadian ini adalah kejadian kedua dalam tempoh dua hari berturut-turut yang menyebabkan penunggang motosikal maut akibat terlanggar lopak di jalan raya.

Semalam, lelaki warga emas maut selepas terjatuh apabila motosikal ditunggang melanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra di sini.

Mangsa, Ho Yan Fee, 75, juga dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *