Main Game Pilih Suami, Rebecca Nur Islam Mengundang Rasa Tak Senang Hati Netizen

Baru-baru ini pelakon berhijab, Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad, atau lebih selesa digelar sebagai Becca ada memuat naik gambarnya memakai rambut palsu berwarna merah di laman sosial Instagram.sajaheboh.com - Main Game Pilih Suami, Rebecca Nur Islam Mengundang Rasa Tak Senang Hati Netizen

Walaupun dia sebenarnya memakai tudung ‘inner’ hitam di dalam, namun penampilan itu pasti mengejutkan warganet yang rata-rata mengenali dirinya sebagai seorang wanita yang manis berhijab.

Menerusi acara yang dihadiri, pelakon berusia 34 tahun itu turut menyertai ‘game’ mencari suami. Terdapat video dirinya sedang bermain aktiviti tersebut yang dimuat naik untuk pengikutnya.

 

sajaheboh.com - Main Game Pilih Suami, Rebecca Nur Islam Mengundang Rasa Tak Senang Hati NetizenSeakan-akan tahu aksi berkenaan akan mengundang kecaman, dia bertindak menutup fungsi komen di ruangan posting video tersebut.

Dalam video itu, matanya ditutup sambil menyentuh sedikit pada bahagian wajah beberapa orang lelaki untuk membuat pilihan di antara jejaka-jejaka tersebut, mana satu suaminya yang sebenar.sajaheboh.com - Main Game Pilih Suami, Rebecca Nur Islam Mengundang Rasa Tak Senang Hati Netizen

Difahamkan, dia menghadiri sebuah majlis hari jadi bertemakan kostum dan tampil dengan watak superhero Black Widow lengkap dengan rambut palsu.

sajaheboh.com - Main Game Pilih Suami, Rebecca Nur Islam Mengundang Rasa Tak Senang Hati Netizen

Terdahulu sejak berumah tangga dengan Datuk Nor Azam Sulaiman, Becca sudah jarang muncul di kaca televisyen mahupun menghiasi muka-muka akhbar dan majalah tempatan mahupun dalam drama atau filem.

VIDEO:

Sumber: Instagram Rebecca Nur Al-Islam , Cari Forum, OMM

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *