Cili Belum Masak Diwarnakan Dengan Cat Merah Agar Dijual Dengan Harga Tinggi

Demi Mendapatkan Keuntungan Lebih, Cili Belum Masak Diwarnakan Oleeh Peniaga Ini Dengan Cat Merah Kerana Cili Merah Lebih Mahal. Cili Belum Masak Diwarnakan Dengan Cat Merah Agar Dijual Dengan Harga Tinggi

Seorang peniaga di Jawa Tengah, Indonesia telah ditahan selepas didapati mewarnakan cili belum masak dan cili kuning menggunakan cat merah.

Menurut Kompas, peniaga yang juga petani berusia 35 tahun itu bertindak sedemikian bagi mendapatkan keuntungan lebih kerana cili merah lebih mahal berbanding cili kuning.

“Motifnya ekonomi. Cili merah berharga IDR 45,000 sekilo (kira-kira RM12.70) sedangkan cili kuning berharga IDR19,000 (kira-kira RM5.40) sekilogram,” kata jurucakap polis tempatan.

 Cili Belum Masak Diwarnakan Dengan Cat Merah Agar Dijual Dengan Harga Tinggi

Beliau menjual cili palsu itu di tiga pasar tempatan iaitu Pasar Wage, Pasar Cermai dan Pasar Sokaraja.

Polis juga telah menemui 5 hingga 6 kilogram cili yang dicat dalam setiap bungkus 30 kilogram cili merah. Akibatnya, lelaki itu mungkin akan berhadapan dengan hukuman penjara 15 tahun.

 Cili Belum Masak Diwarnakan Dengan Cat Merah Agar Dijual Dengan Harga Tinggi

Menurut Ketua Perkhidmatan Kesihatan, Banyumas Sadiyanto, cili tersebut boleh menjejaskan kesihatan sesiapa yang memakannya seperti keradangan pada tekak.

VIDEO:

“Tapi kalau dimakan dalam jumlah banyak, boleh menyebabkan keracunan, cirit birit, muntah dan sebagainya,” katanya.

Sumber: Era

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *