Esok Nak Kahwin, Muka Tiba-tiba Jadi Buruk Kena ‘Buat’ Rakan Baik Sendiri

Tak sangka kawan baik boleh buat sampai macam ni.. Tak tahu nak mula dari mana. Tak semua orang percaya pada sihir, santau bagai. Aku sendiri tak percaya benda macam tu.sajaheboh.com - Esok Nak Kahwin, Muka Tiba-tiba Jadi Buruk Kena ‘Buat’ Rakan Baik Sendiri

Nak dijadikan cerita, tiga hari sebelum bertunang, seluruh muka muka aku bernanah teruk. Dalam hati Allah saja yang tahu. Aku tengok muka aku buruk dalam sekelip mata. Tetapi masa itu aku baru lepas minum madu. Jadi aku salahkan madu.

Aku cuba fikir positif dan ambil mood sebab nak bertunang lagi tiga hari walaupun hati aku sebenarnya sedih sangat.

Masa bertunang, aku nampak keluarga lelaki semua terkejut tengok muka aku. Yelah, sebelum ini muka aku cantik dan licin elok saja. Aku malu bila keluarga dia pandang dan tegur kenapa muka aku jadi begitu.

 

Hari demi hari berlalu sampailah dua bulan selepas itu, ada seorang hamba Allah tegur muka aku ini bukan diserang jerawat biasa. Padanlah aku buat chemical peel, carbon laser semua itu tak mendatangkan hasil. Membuatkan muka aku semakin teruk, adlah. Tetapi bila hamba Allah itu tegur, aku cuba berubat kampung.

Yes! Ustaz sebuah tahfiz kata aku disantau. Tak puas hati dengan dakwaan seorang ustaz, aku pergi cari orang lain sampailah orang ketiga dia kata orang santau aku ini adalah orang yang nak bakal suami aku. Tetapi bakal suami tak nak pada dia. Ustaz itu siap cakap ciri-ciri perempuan yang hantar santau ini. Tetapi aku tak dapat nak agak siapa.

 

Aku cerita pada tunang, dia jadi serba salah dan ingatkan kawan-kawan perempuan dia. Yelah, aku mengaku dia memang kacak dan bergaya. Aku rasa down, rasa tak layak untuk bersama dengan dia.

Muka aku mula berkudis dan berkuping menyebabkan aku malu nak berjumpa dengan dia. Tetapi selepas tiga bulan bertunang, dia nak juga jumpa dan nak tengok keadaan aku depan matanya sendiri. Bila jumpa, Alhamdulillah dia masih okay.

Tiga bulan lagi kami akan berkahwin. Kami bertunang tak lama dan tarikh diawalkan sebab keluarga lelaki ini nak segerakan majlis dan tak nak orang yang santau itu buat aku menjadi lebih teruk. Allah banyak beri aku petunjuk, tetapi aku tak nampak siapa sebenarnya dalang di sebalik kejadian ini.

Dua minggu sebelum aku berkahwin, aku jumpa seorang kakak yang pandai berubat. Aku ikhtiar selagi aku ada masa. Alhamdulillah muka aku semakin okay.

Sebelum kahwin, aku ajak kawan baik aku yang selama ini aku usung ke mana saja pergi spa atau klinik kulit untuk beli barang dan macam-macam. Aku ajak dia tidur dengan aku, luangkan masa bersama sebelum aku menjadi isteri orang.

Masa dia masuk ke bilik, aku terhidu bau bangkai. Aku tegur, lalu muka dia terus berubah. Tetapi keadaan terus senyap. Masa itu aku belum syak apa-apa lagi. Aku cuma mesej kakak yang mengubat aku yang aku terhidu bau bangkai dalam bilik. Dia jawab, bawa bertenang dan fokus hari nikah.

Esok nak nikah, aku down sebab tiba-tiba muka yang dah elok baik jadi buruk balik. Sedangkan malam itu aku nak nikah. Aku tunggu kawan baik aku datang, aku nak menangis. Tetapi dia tak datang, padahal dia janji nak datang pakaikan aku inai petang itu. Allahuakbar aku masih tak nampak petunjuk dari Allah.

Dipendekkan cerita, majlis nikah aku berjalan lancar dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada lelaki yang aku cintai. Kawan baik aku masih tak sampai. Seeloknya aku dah sah menjadi isteri barulah kawan baik aku sampai.

Seminggu selepas kahwin, aku jumpa kakak yang mengubat aku. Aku nak tahu siapa datang semua ini. Aku tak sedap hati dan dia cuma cakap bau yang busuk sebelum aku kahwin hari itu sebab orang itu datang membawa benda itu. Dan orang itu tak dapat datang sebelum aku nikah sebab dia pasang pendinding untuk aku di hari pernikahan aku. Sebab itu bila selesai majlis baru orang itu boleh sampai.

Berdesup darah aku naik ke kepala dan terus menangis.

“Allahuakbar. Dia ke kak?” terus aku tanya dan dia cuma tersenyum.

Aku cuma nak kongsi cerita ini. Pada mereka yang bakal berkahwin, yang ada kawan baik, berhati-hatilah. Aku tak pernah percaya semua ini tetapi bila berlaku pada diri sendiri, aku yakin dia sebab banyak perkara yang aku nampak selama ini, patutlah dia marah aku balik kampung nak beli cincin tunang dengan bakal suami aku.

Dia selalu nak ikut kami datang, dia selalu perli aku dpean kawan-kawan lain sebab aku selalu dating. Dia selalu mengedik di depan bakal suami aku. Bila kahwin, ingatkan semua dah tak ada, rupanya tidak. Aku sehabis baik dia di Instagram dan Facebook. Aku cuba menjauhkan diri dari dia tetapi dia masih menghantar mungkin sebab dia nampak aku bahagia di page orang lain.

Kepada kau wahai sahabat dunia akhir yang mana aku dah anggap kau sebagai kakak sendiri. Kau lembut, sopan dan tudung sangat labuh, kenapa kau buat aku macam ni? Dimanakah setia persahabatan kita selama 17 tahun ini?

Berhati-hati dengan kawan baik.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *