Main Handphone Ketika Memandu, Kereta Lelaki Terhumban Ke Sungai

Akibat terlampau leka dengan telefon bimbit, seorang lelaki di China berdepan detik cemas apabila keretanya terhumban ke dalam sungai. Bagaimanapun, mangsa yang dikenali sebagai Zhang terselamat selepas berjaya menendang pintu untuk keluar dari kenderaan.Main Handphone Ketika Memandu, Kereta Lelaki Terhumban Ke Sungai

Daily Mail melaporkan, polis tempatan memberitahu kejadian itu pada 21 Februari lalu di daerah Meitan yang terletak di wilayah Guizhou.

Katanya, kejadian disebabkan kecuaian Zhang yang asyik menggunakan telefon bimbit ketika memandu di atas sebuah jambatan.

Menurut Zhang, kenderaan miliknya itu adalah kereta terpakai yang dibeli dengan harga 20,000 yuan (kira-kira RM12,035) pada awal tahun ini.
Main Handphone Ketika Memandu, Kereta Lelaki Terhumban Ke SungaiKejadian dilaporkan berlaku 10 minit selepas Zhang mendapat nombor pendaftaran bagi kereta berkenaan.

 

“Saya dalam perjalanan untuk ke tempat kerja ketika itu dan sewaktu melihat telefon bimbit, terdapat tiga individu melintas di hadapan kenderaan saya.

 

“Bagi mengelak daripada terlanggar mereka, saya memusingkan stereng ke kiri tetapi nasib tidak menyebelahi saya apabila kereta dinaiki terhumban ke dalam sungai,” katanya.

Main Handphone Ketika Memandu, Kereta Lelaki Terhumban Ke Sungai

 

Sementara itu, Polis Trafik Zunyi yang mengendalikan kes berkenaan mengesahkan Zhang diselamatkan selepas pasukannya tiba di tempat kejadian.

Sumber: Harian Metro, Daily Mail

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *